Saturday, August 28, 2010

Jangan cepat gayat,tuan-tuan!









Sebenarnya saya malas mahu buka artikel mengenai perkara ini.Sebabnya tidak perlu dihairankan sangat dengan 'rungutan' penulis yang menamakan dirinya sebagai Micheal Chick (MC) ini.Penulis atau mungkin mewakili 'pihak' tertentu.Semakin dilayan maka makin seronoklah mereka.Mereka ini macam hantu syaitan.Semakin kita layan ketakutan terhadap hantu syaitan,maka makin seronok mereka menggoda anda.


Pertama sekali yang perlu anda fikir sebelum membaca apa-apa tulisan MC ini ialah DIA MENULIS BERMOTIFKAN POLITIK ULTRAKIASU.Maknanya,tujuan dia menulis ialah kerana fobia dengan UMNO dan Ketuanan Melayunya.SEbab itu adakalanya dia menulis "UMNO people..." Jadi dengan kata lain,apa jua hatta sejarah sekalipun dia akan putar belit demi untuk menyanggah UMNO dan konsep Ketuanan Melayunya.JIka UMNO kata Micheal Chick pendatang,maka Micheal Chick akan berhempas pulas mengatakan dia bukan pendatang.Ini adalah sifat totok 'KIASU" sebenar.Apakah kiasu?Mari dengar apa cikgu nak beritahu ;D


Kiasu bermaksud 'ketakutan terhadap kehilangan'.Ia berasal dari perkataan Hokkien.Jika kiasu sudah melambangkan sesuatu yang ekstrem,maka apa akan jadi jika kita letakkan perkataan 'Ultrakiasu'?Saya bagi contoh,ada dua orang budak A dan B sedang duduk bersila di hadapan sepinggan nasi.A dan B tahu mereka perlu berkongsi sepinggan nasi itu untuk menghilangkan lapar.Mula-mula mereka makan bersama-sama dengan harmoni dan teratur.Namun lama-kelamaan si A memikirkan bahawa B terlampau cepat makan nasi dan merasakan nasi semakin berkurangan gara-gara B.Dia merasa 'takut kalau-kalau masih lapar' walaupun selesai makan.Akibatnya si A telah bertindak agresif'merampas pinggan nasi itu dan menikmatinya sendirian.Dalam kes ini,si A telah mengalami sindrom KIASU.Si A bukan tamak pada mulanya.Dia merampas pinggan itu bukan atas dasar tamak haloba,tetapi RASA TAKUT DAN TERANCAM.


Manusia bila rasa terancam secara psikologinya dia akan cenderung bertindak agresif.Dalam konteks Malaysia,sepatutnya orang Melayu atau pribumi lain yang ada perasaan kiasu ini,NAMUN ANEHNYA IA TERJADI SEBALIKNYA.Maka MC dan DAP adalah contoh Ultrakiasu.Orang Melayu jarang dikaitkan dengan kiasu kerana mereka BERADA DALAM ZON SELESA.Mereka tahu Malaysia adalah tanahair mereka dan mereka adalah penduduk asal Malaysia.Ini perkara asas yang telah ada sejak kanak-kanak lagi.Orang yang dijangkiti 'KIASU' adalah orang yang merasa tergugat WALAUPUN DIA TELAH PUNYA SEGALA-GALANYA.Walaupun dia telah mencapai tahap raja sekalipun,jika masih dibayangi penyakit kiasu ini,maka pengemis miskin di tepi jalan pun akan ditangkap dan dipenjarakan kerana takut kalau-kalau si pengemis itu berupaya suatu hari nanti akan merampas kerajaannya.INGAT,ULTRAKIASU TIADA TOLAK ANSUR.Sekali dia pegang kuasa,jangan harap dia mahu lepaskannya.Sebab apa?SEBAB PENYAKIT KIASU..


Ok,sudah faham?Mari kita bincangkan tentang dakwaan Micheal Chick itu,tapi sebelum itu...saya mahu ambil dari link yang diberikan seorang pembaca iaitu http://muslioli.blogspot.com/2010/03/asal-usul-nama-tanah-melayu-ialah-barr.html


Sebab apa,sebab saya merasa hairan dan lucu dengan sikap penulis blog yang cepat gayat dan tertarik dengan 'putar alam' MC.Memang pada mulanya beliau hanya sekadar berkongsi cerita,namun akhirnya beliau sendiri tertanya-tanya (ini sindrom awal penyakit buta sejarah).


Petikan:


"Saya begitu tertarik membaca satu artikel tulisan Micheal Chick yang mengatakan asal-usul nama Semenanjung Tanah Melayu ialah Semenanjung Barr Xin atau Barr Chin. Chin ialah merujuk kepada  China. Bermakna nama asal ialah Tanah China atau land of the Chinese.


Benarkah begitu?"




Jawab saya:


Apa sebab 'merasa tertarik'?Sebab tak pernah dengar?Penulis bertanya "benarkah begitu?".Jawabnya TIDAK BENAR.Noktah.Sebabnya?Sabar...nanti saya beritahu.




Seterusnya:


"Micheal Chick berdasarkan tulisan itu telah menjalankan kajian yang serius mengenai sejarah Semenanjung Tanah Melayu dengan menyebut nama ahli sejarah terkenal seperti Prof Dr Khoo Khay Kim, Ahli falsafah Greek, Ptolemy, catatan pedagang Arab, catatan pendakwah Hindu Gujerat, Prof Nik Hassan, Tom Harrison, H.G. Quatrich Wales dan juga ada menyebut Nabi Muhammad S.A.W  dan isterinya Siti Khadijah.


Berdasarkan kajiannya, nama Tanah Melayu tidak ujud sebelum British tiba dan menguasai Semenanjung itu pada kurun ke-19 masihi. Sebelum itu kawasan tersebut  hanya dikenali sebagai  Mallacca sekitar kurun ke-15.


Sebuah catatan dan tulisan terawal iaitu Sejarah Melayu,  yang mencatat semua tempat  dari China hingga ke India termasuk negeri kecil seperti Temasik, tetapi tidak pernah menyebut Tanah Melayu. Penulis bertanya, kenapa?"


Ulasan:

Kalau MC sebut Albert Einstein,Stephen Hawking dan 1001 nama saintis tetapi kemudian kata bumi ini berbentuk segitiga kaki sama,adakah anda mahu tertanya "kenapa?" Ini reaksi yang dungu saudara ;D

Penulis merasa teruja sebab MC kelentong dia dengan bermodalkan "nama ahli sejarah terkenal seperti Prof Dr Khoo Khay Kim, Ahli falsafah Greek, Ptolemy, catatan pedagang Arab, catatan pendakwah Hindu Gujerat, Prof Nik Hassan, Tom Harrison, H.G. Quatrich Wales dan juga ada menyebut Nabi Muhammad S.A.W  dan isterinya Siti Khadijah"

MC boleh sebut apa jua nama,Nabi Adam sampai Nabi Muhammad.Tetapi itu bukan merit untuk merasa gayat,saudara.

Penulis meletakkan kata 'kajian yang serius' berdasarkan motif apa?MEmbantu MC menyebarkan keraguan?Frasa itu tidak perlu.Mana dia tahu kajian MC adalah serius?Jika saya katakan TIDAK SERIUS BAGAIMANA?

Ini petikan dari artikel asal:

"By the way, “Barr” simply means “Land” in the Persian Language. And Barr Kra above, means “ Land of Kra ” (as in reference to the Isthmus of Kra ).


But I've saved the best for last, as usual. And I hope all you soon-to-be “Brain Gain” people are sitting down reading this ....


The earliest known Arabic Maps refer to the Peninsular as “Barr CHIN”.


Where Chin refers to CHINA ! Why did the Arabs call this Peninsular “Tanah China” instead of “Tanah Melayu”? When Prophet Muhammad s.a.w. spoke about “Exotic Tanah China ”, was he actually refering to Malaya ? After all, according to records, Malayan Gold Mines was already famous 500 years BEFORE the Prophet was born!! As his wife, Khadijah was a Great Trader. He must have known!"

Ulasan:

Lihat,perkara yang melibatkan nama Nabi Muhammad dan Siti Khadijah adalah andaian atau spekulasi MC.Lain kali kalau ada orang melibatkan apa-apa nama sekalipun, tengok dahulu APA PERKARA YANG DILIBATKAN ITU?Siti Khadijah memang pedagang namun sudah pasti beliau tidak terlibat langsung dengan pembohongan Barr Chin oleh MC.



Cuba tunjukkan peta yang tunjuk perkataan 'Barr Chin' atau 'Barr Kra' itu.Ada anda jumpa?Peta yang disuakan oleh MC cuma peta yang menunjukkan tanah semenanjung itu dilabelkan sebagai 'Malacca'.MC tidak akan berani tunjuk peta yang ada perkataan 'Barr Chin' atau 'Barr Kra' itu.SEBAB APA?

SEBAB PETA ITU MEMANG TIADA!!

Tetapi MC menenteramkan khalayak yang mempersoalkan kewujudan peta itu dengan ayat ULTRAKIASUnya:

"This will be the first exercise in “Brain Gain” which UMNO is allegedly proposing, for the greater good of 1Malaysia; plus, I'll even give you a hint: (because I'm nice and assume that you actually really, really, really, don't know ....)


It's a Dark Green Hardcover Book about an inch thick; usually reserved for Academicians like yourself. So you won't find it in Popular, MPH, Wiki, Amazon or any Pasar Malam. I'm sure that Great Historians like yourself, have your own Jstor Account number"


Ulasan:

Kata MC:You mana tau,ini tatak boleh jumpa mana-mana ooo...wiki pun tarak jumpa oooo...I sudah tengok itu peta.

Saya ingin tanya,mengapa tidak buat buat salinan peta tersebut atau ambil gambarnya...sebarkan.Biar UMNO dan Ketuanan Melayunya runtuh.Apa pasai tak mau buat ini macam?

Setakat peta yang menunjukkan semenanjung dilabel sebagai 'Malacca' rasanya semua orang tahu.Puak Siam Ayutthaya pun tahu.Dalam hal ini saya respek geng Siam berusaha paparkan peta selari dengan apa yang mereka dakwa (walaupun sebenarnya mereka tersilap tafsir).Tetapi MC dakwa-dakwi macam-macam,sepatah haram peta Barr Chin pun tarak.

Sebab itu saya katakan MC TIDAK SERIUS.Dia main-main saja.Tetapi ada Melayu yang tertanya-tanya dalam kebingungan...sedihnya.

Saya 'highlight' bahagian penting ini:

"Berdasarkan kajiannya, nama Tanah Melayu tidak ujud sebelum British tiba dan menguasai Semenanjung itu pada kurun ke-19 masihi. Sebelum itu kawasan tersebut  hanya dikenali sebagai  Mallacca sekitar kurun ke-15.


Sebuah catatan dan tulisan terawal iaitu Sejarah Melayu,  yang mencatat semua tempat  dari China hingga ke India termasuk negeri kecil seperti Temasik, tetapi tidak pernah menyebut Tanah Melayu. Penulis bertanya, kenapa?"


Jawab:

Sebab apa pelukis peta Eropah tidak label 'Tanah Melayu' pada peta semenanjung?Oklah...sekurang-kurangnya label 'Malay Land'.Kenapa 'Malacca'?Sebabnya semua negeri-negeri Melayu bersatu atas nama Empayar Kesultanan Melaka.Jadi wilayahnya dinamakan Melaka.Misalnya dahulu Srivijaya menyatukan seluruh pelabuhan dan negarakota Melayu,maka wilayahnya ialah Srivijaya.'Tanah Melayu' adalah nama moden setelah timbul rasa nasionalis ketika penjajahan.Ingat,dahulu di semenanjung,kerajaan-kerajaan Melayu berpecah-pecah kepada apa yang dinamakan sebagai 'Malay states'.Macam India lah.Dahulu mana ada nama 'India' ini.Ia diberikan oleh orang Barat merujuk kepada Sungai Indus.Nama tidak menjamin bahawa dahulu semenanjung Malaysia ini adalah MILIK CHINA.Malahan Maharaja China pun tidak tuntut semenanjung ini sebagai tanahnya.Orang China dahulu tahu siapa Mo-lo-yu atau Ma-li-yuer.MC saja yang tak tahu.

Ok,sekarang ada tak orang rujuk semenanjung ini sebagai Tanah Melayu?Orang cenderung bubuh nama 'Semenanjung Malaysia',bukan?Jadi nama yang berubah tidak jamin orang luar adalah pemilik tanah kita.Suka hati kitalah nak label tanah kita dengan apa-apa nama.Apa yang mereka mahu sibuk-sibuk?

Memanglah dalam Sejarah Melayu tidak sebut perkataan Tanah Melayu.Sebab Kesultanan Melaka lebih suka letak kawasan jajahannya sebagai Melaka sahaja.Ini perkara remeh saudara.'Tanah Melayu' atau 'Melaka',kedua-duanya sudah pasti bukan bukti bahawa dahulu semenanjung ini hak China.Lainlah sejarah mengatakan bahawa Sultan Melaka menggelar jajahannya sebagai Semenanjung Tanah Cina.Sebab itu kita dengar kerajaan-kerajaan Melayu dahulukala ada yang hantar duta ke China,untuk jalinkan hubungan diplomatik.Jika semenanjung di bawah China,adakah perlu hantar-hantar duta ini?Maharaja China hantar gabenor ke sinilah kalau semenanjung ini wilayah China.Tetapi kita tahu tiada seorang pun pegawai China yang dihantar untuk mentadbir Tanah Melayu.

Ini pun penulis memprovok diri sendiri dengan bertanya,kenapa?

Tidak perlu tanya kenapa,saudara...buang masa saja.


Seterusnya:

"Jawapannya mudah sahaja kerana nama itu belum ujud! Tanah Melayu tidak pernah dikenali sebagai Tanah Melayu sehingga British menjajah kawasan tersebut.


Malaya dalam bahasa Tagalog bermakna "aman". Malai dalam bahasa Tamil pula bermakna "bukit" seperti panggilan peniaga-peniaga Gujerat yang juga pendakwah Hindu terhadap banjaran Titiwangsa sebagai "mini-Himalaya"  ketika mencari tempat  membina kuil Hindu di kawasan itu pada kurun ke-2 masihi.


Tiada satu catatan sejarah sebelum kurun ke19 yang mengenali kawasan itu sebagai Tanah Melayu"


Jawab:

Saya merasa pelik,kenapa merasa 'excited' sangat dek kerana nama-nama yang belum wujud atau tidak.Apa masalahnya?Kalau Tanah Melayu tidak pernah dikenali sebagai Tanah Melayu sehingga British menjajah kawasan tersebut sekalipun adakah TIDAK WUJUD ORANG MELAYU DAN TANAHAIRNYA?

Ok,bagaimana dengan nama 'China'?Adakah benar-benar orang 'Cina' yang namakan negara mereka,China?Saya mahu beritahu satu perkara yang penting,nama kepada apa yang dikatakan Negeri China itu BERUBAH MENGIKUT DINASTI YANG MEMERINTAH.Contohnya Tang.Jadi Kerajaan Tang.Maharaja China tak panggil kerajaannya 'China'.Perkataan 'China' itu dipopularkan OLEH ORANG PARSI.MC telah terbuka pekung sendiri.Dari orang Parsilah timbul nama China ini.Orang China purba tidak panggil negeri mereka 'China' tetapi 'Zhongguo' atau maksudnya ialah 'Kerajaan Tengah/Pusat' atau 'Middle Kingdom'.Itu pun bukan menyeluruh.Di sana juga wujud negarakota-negarakota macam di Nusantara.Jadi setiap negarakota menamakan kerajaannya sendiri seperti Qin,Chu,Wei,Shu atau wu.Bacalah cerita 'The Romance of Three Kingdoms' atau tontonlah filem 'Red Cliff'.

JADI HAKIKATNYA NAMA CHINA ITU ADALAH DARI ORANG PARSI KEMUDIAN DIPOPULARKAN OLEH ORANG BARAT TERUTAMA KETIKA MARCO POLO MELAWAT CHINA.

Lucunya perkataan 'Cina' itu memang diambil terus dari gelaran orang Parsi yang ketika itu menganggap dunia sebelah Timur dihuni oleh barbarian berkulit kuning.Tiada ubahsuai.

Kalau macam itu saya nak dakwa asalnya negeri China dimiliki oleh Empayar Parsi Cyrus The Great.Selepas itu Xerxes angkut semua barbarian dari China ini berperang dengan Spartan dan Athens.Rasa 'best' tak? ;DDD

Itu baru nama 'China',belum lagi masuk nama 'India'.Pun nama yang diberikan oleh British.

Kalau saya jadi UMNO pun saya balas balik "Konsep Ketuanan Melayu saya tiada kaitan semata-mata dengan wujud atau tidak nama Tanah Melayu".


Lagi:

"Sebelum kedatangan Parameswara pada  kurun ke -10, tanah semenanjung dikenali sebagai Barr Kra (Ada kaitan dengan Segenting Kra?). Barr dalam bahasa Parsi bermaksud tanah. Sebelum Barr Kra, semenanjung dikenali sebagai "Golden Chersonese" iaitu nama purba yang merujuk kepada semenanjung itu oleh Ptolemy, seorang ahli falsafah Greek yang juga seorang ahli astronomi dan ahli geografi.


Di Zaman kegemilangan Rom, Golden Chersonese ialah kawasan yang tersohor sebagai kawasan yang kaya dengan emas sehingga mendapat jolokan nama itu.


Namun apa yang menarik sekali ialah rujukan penulis terhadap peta Arab lama yang merujuk tanah semenanjung sebagai Barr Chin atau Barr Xin. Berdasarkan rekod pedagang-pedagang Arab telah ujud usaha melombong emas di negeri Barr Chin 500 tahun sebelum kelahiran junjungan besar  Nabi Muhammad S.A.W"


Ulasan:

Siapa yang pandai-pandai kata sebelum kedatangan Parameswara pada  kurun ke -10, tanah semenanjung dikenali sebagai Barr Kra?Dongeng Ultrakiasu?Adakah sebab mereka tahu nama 'ci na' itu adalah panggilan Parsi maka dengan penuh KIASUnya (baca:takut rahsia terbongkar) maka dikaitkan juga semenanjung sebagai panggilan Barr Chin atau Barr Kra oleh orang Parsi?

Tentang Golden Chersonese itu memang betul.

Peta lama Arab merujuk tanah semenanjung sebagai Barr Chin atau Barr Xin?Mana peta itu?Tunjukkan!Cakap saja tarak guna maa...

Sebab itu saya kata jangan mudah gayat.Kaji dahulu.

Next...


"Apakah tulisan Micheal Chick itu benar-benar berdasar fakta sejarah ilmiah? Atau mungkinkah catatan itu hanya satu propoganda yang bertujuan membangkitkan semangat kaum China menuntut hak mereka keatas negara yang memang asalnya TANAH CHINA!"

Jawab saya:

Tulisan MC tidak benar-benar berdasarkan fakta sejarah ilmiah.Tulisan MC berdasarkan fakta bahawa dia mengalami sindrom ULTRAKIASU.Itu saja.

Propaganda?Ya!

"...menuntut hak mereka keatas negara yang memang asalnya TANAH CHINA!" Ohhh...tidak,negara ini bukan asalnya Tanah China.Jangan gayat cik abang...nanti jatuh tersembam tak bangkit-bangkit.Orang luar menunggu nak ambik tanah kita.Bangladesh,Nepal,Vietnam,Indonesia dan sebagainya dah semakin ramai di Malaysia;Golden Chersonese ini.Belum lagi warganegara dari India dan China yang menyusup masuk Malaysia.Siapa pun tak perasan.Tup tup...keluar statistik rakyat asing sudah mencapai 1 juta dalam Malaysia.Wau!Boleh buat negara baru ni.Cuba ramai-ramai pendatang asing ini menyempit di Pulau Pinang atau Perlis,kemudian buat tuntutan autonomi...kan kes naya tu.

Belajar Sains Politik dan Sosiologi sebelum merempat di tanahair sendiri.

Saya akhiri dengan pertanyaan penulis Musli Oli yang masih kebingungan:

"Saya juga tertanya-tanya kenapa nama laut yang mengelilingi tanah Semenanjung Tanah Melayu dipanggil Laut China Selatan bukan Laut Melayu???"

Jawab saya:

Siapa yang buat peta moden?Melayu atau orang putih?Kalau ini pun masih kebingungan,susahlah nak jawab pertanyaan Musli Oli itu.Pernah dengar Laut Campa?Tidak pernah dengar?Sebab itulah kena kaji dahulu.

Kenapa Selat Melaka tidak dipanggil Selat Melayu atau Selat Sumatera?Sebab itu kena kaji dan kaji...jangan angguk geleng-geleng.Kenapa Lautan Hindi tidak digelar Lautan Tamil atau Telegu?Atau Lautan Chola?Kenapa Benua Siam digelar IndoChina?Siapa yang bagi gelaran itu?Raja Vietnam?Suryavarman II raja Kemboja?Naresuan raja Ayutthaya?Chandrabanu raja Melayu Tambralingga?Sultan Melaka beri nama?

ORANG BARAT,SAYANG!

sebab itu fikir dahulu sebelum angguk cerita orang.Taklah nanti MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI.





At this ruins,I write my ancient Chronicles...,


~Srikandi

48 comments:

  1. bosan la dgn ultrakiasu ni... next entry citer la psl raja chola ke, kerajaan bawah laut ke, best gak.. :D

    ReplyDelete
  2. nk smbungn siri atbm, please cik srikandi


    --------
    bulan depan salinan naskhah taurat yang dicuri yahudi daripada iraq akan dipaparkan dalam muzium israel

    ReplyDelete
  3. Ultra Kiasu tu nak jadi Ultraman Taroo sebenarnya hahahahahaah

    ReplyDelete
  4. Sama la macam singapork..kata orang cina berasal dari nusantara kemudian berhijarah ke China..semua nak klaim yang diorang lah yang sepatutnya ada hak di tanah melayu..

    ReplyDelete
  5. srikandi is the best....

    jawapan dan ulasan yg mamtop...........

    ReplyDelete
  6. Siapa pernah dengar cerita..Maharaja Cina sewaktu lawatan Sultan Melaka ke China telah berubat dengan air kaki Sultan Melaka, kerana penyakit kulit yang dihidapinya?
    Oleh kerana itu jugalah, maka Maharaja cina telah bersumpah sepaya rakyatnya tidak menganiya negeri-negeri selatan di bawah jajahan takluk Melaka sampai bila-bila pun, dan negeri ini di anggap sahabat yang layak dapat perlindungan negeri China.
    sekiranya cucu-cicit cina ini masih ingat atau pernah menerima amanat ini, nescaya tiada satu pun orang cina di Malaysia ini akan menjadi terlalu Ultra-Kiasu seperti sekarang.
    Sekiranya mereka tidak tahu, beri mereka peringatan supaya tidak di timpa 'tulah' raja-raja melayu pula..sekiranya Srikandi ada sumber-sumber ini, tulislah untuk tatapan meraka semua rakyat malaysia.

    ReplyDelete
  7. srikandi..
    boleh jatuh cinta dgn tulisan cik sri...:)
    well, such a fighter!....

    ReplyDelete
  8. salam srikandi

    saya rasa buang masa je layan MC tu
    yang tu bagi kat Perkasa untuk uruskan
    baik Srikandi fokus kepada tujuan asal

    ReplyDelete
  9. best...memang best...

    saya jadi puas dengar hujah srikandi...

    fuh...

    ))...x sabar nk tahu pasal kerajaan Kedah Tua

    ReplyDelete
  10. puas hati la!! hahaha..

    caya la puan srikandi~~
    :))

    ReplyDelete
  11. Ya Srikandi,

    Banyak tulisan MC di internet juga kerap menggunakan nama2 besar dalam bidang yang beliau cuba hujahkan. Ini taktik budak2.. Beliau pun tahu umum tak akan pergi ketuk bilik Prof Khoo Kay Kim nak confirm benda2 yang beliau katakan.

    Nusantarian

    ReplyDelete
  12. Srikandi, jgn berhenti berjuang...bukan utk org Melayu, tetapi demi ISLAM....tegakkan ISLAM....tolonglah Srikandi...tulisan Srikandi memberi saya semangat dan ilham...semoga org lain pon akan merasai benda yang sama seperti yang saya rasakan terhadap tulisan Srikandi...

    ReplyDelete
  13. agak terlewat saya follow blog ni. Baru tahu Srikandi dah ada blog sendiri... =)

    Alhamdulillah, akhirnya ada juga hujahan balas untuk tuduhan MC ni. Tapi sejak akhir2 ni, disebabkan isu Pengetua sekolah & Namewee, ramai dikalangan non-bumi dah berani mendakwa 2 perkara ni :

    1) Melayu Malaysia adalah pendatang dari Indonesia

    2) Penduduk asal di semenanjung adalah Orang Asli.

    Dua hujah inilah yang sekarang banyak berlegar di blog, website & Facebook Ultra Kiasu.

    Harap Srikandi dapat buat satu artikel khas untuk menjelaskan perkara ni. Amat menyedihkan apabila banyak admin blog2 politik tak mampu menjawab dua tuduhan dangkal ni.

    Terima kasih Srikandi!

    ReplyDelete
  14. salam sdri. artikle yg bagus.

    saranan sdr Ibnu Rusydi tu amat wajar buat masa ini....

    "Romance Of 3 Kindom - SAMKOK" - salah satu my feveret 3 jilid buku... dewa perang mereka sebenarnya manusia jer... Guan Yu (Guan Yuzhang). tu yg pelik lihat rumah kawan cina ada yg sembah Guan Yu... hehhehehe...

    ReplyDelete
  15. cha ya nun alif(ultra-kiasu), sampai bila2 pun mereka akan takut..

    sebab mereka sudah sedia maklum yg negara china tidak akan sekali2 menerime mereka kembali kalau ada apa2 yg terjadi nanti..

    maka dengan ini mereka dengan cepat claim yg bukan2 ke atas tanah melayu ini.dan mula provoke dengan harapan kita akan terasa gayat..

    peduli apa kita ini melayu umno,pas atau hatta pkr sekalipun,kalau dah terkena dengan kiasunya cha ya nun alif ni,terkena kita semua sekali..

    menyampah betul dalam keadaan macam ini yg boleh dikira gawat pun orang menekan melayu,masih ada lagi puak melayu yg pentingkan politik lagi..serius menyampah..

    kalau hendak dikira,isu sensitiviti melayu yg mereka mainkan sekarang adalah lebih hebat dari masa sebelum 13 may 1969 dahulu...tetapi bezanya,melayu masa itu bersatu, tidak macam sekarang, berpecah belah hanya sebab politik...

    devide n self distruck...

    -k'rock-

    ReplyDelete
  16. salam

    saya setju dgn saudra ibnu rusydi
    betul tu puan. kena ade artikel untuk jwb tuduhan tu..byk sgt tuduhan oleh kaum ultrakiasu nih...dikatakan kite nih pendatang..dikatekan melayu ni merampas tanah org asli..x phm sejarah gamaknye..diorang sedap ngutuk org melayu..bile dikatekan tanah melayu nih milik org melayu..dikate kan kite ni racist..
    dah tu..ada yg berani hina Allah..mmg kuang ajar la diorang...
    dekat facebook tu penuh je cacian kaum ni kepada org melayu..mmg diorang kena beritahu la asal usul diorang ape...baru sedar skit diri tu..

    ReplyDelete
  17. Salam semua.. Puas betul hati aku dapat jawapan dari sri Kandi.. Pasal apa yang dinyatakan oleh Ibnu Rusyd tu, aku cadangkan kita serang laman-laman web, blog dan facebook diaorang ni.. apa link diaorang tu?
    bagi tau kat sini.. biar aku pegi melawat jap dan serang diaorang dengan menggunakan hujah sri kandi..heheh

    ReplyDelete
  18. Salam Srikandi,

    Saya mengikuti dokumentari Syahadah di TV1 ttg sejarah kedatangan Islam di Tanah Melayu. Dokumentari ini mengaitkan Tanah Melayu dgn India, Cina dan Indonesia serta negara2 jiran yg lain. Berbekalkan ilmu sejarah dr Srikandi, baru saya faham penceritaan dlm dokumentari tersebut.
    Terakhir saya tengok ttg kerajaan Demak di Pulau Jawa. Lepas saya tanya pakcik google saya terjumpa list of Kerajaan2 di Nusantara:

    http://id.wikipedia.org/wiki/Kategori:Kerajaan_di_Nusantara

    Saya hanya boleh berkata.."wow...". It's so great..!!
    Banyaknya kerajaan2 Nusantara yg pernah wujud di masa lalu. Mereka sememangnya adalah orang2 yg sangat hebat!
    Ingat..ia adalah Nusantara...tidak terpisah2 seperti sekarang diatas persempadanan yg dibuat oleh penjajah yg jahat.
    Tak kisahlah org nak kata apa pun..
    Tapi rezeki ilmu dari MO dan Srikandi adalah sesuatu yg sangat berharga buat kami semua.
    Terima kasih!

    ReplyDelete
  19. Salam Srikandi

    MC tu sebenarnya patut diberitahu bahawa orang2 Cina (Tiongkok) yg terawal datang secara muhibbah dan terhormat ke Nusantara adalah Laksamana Cheng Ho (Admiral Zhang Hee) yg beragama Islam. Maharaja2 Cina sememangnya bersahabat baik dgn Pemerintah2 di Nusantara di atas kepentingan perdagangan utk memajukan ekonomi dinasti mereka.
    Tetapi sudah sedia maklum, pejajah barat yg jahat memang cemburu dgn hubungan akrab tersebut.

    http://id.wikipedia.org/wiki/Masjid_Cheng_Ho

    Masjid Cheng Hoo yg cantik di Surabaya

    http://halamanrohmad.files.wordpress.com/2009/08/m-cheng-ho.jpg?w=450&h=299

    hhmmm...lalu penjajah melemahkan dinasti2 cina dgn perang candu, ideologi komunis dan menyuntik pemikiran ultra-kiasu sbg mind control keatas org2 seperti MC yg di'eksport' ke tanah melayu. Minta maaf kerana guna perkataan 'eksport' sebab dlm MF, ada sebut bhw Maharaja Cina sendiri tidak merelakan rakyatnya dibawa keluar oleh penjajah dan dibawa ke negara2 di nusantara termasuk tanah melayu.
    Nampaknya MC dan org2 yg sewaktu dgnnya kena masuk kelas sejarah Srikandi supaya mereka juga akan menjumpai jati diri mereka yg telah rosak dan punah. Dia org nak pergi mana lagi kalau tidak meletakkan kesetiaan dan semangat setiakawan dgn rakyat berbilang bangsa di Tanah Melayu ni. FULL STOP.

    ReplyDelete
  20. salam Srikandi,

    saya ketinggalan lrt..
    P1 wimax sy buat hal..nak buat posting pun dia tak larat..so slow..
    posting ni saya dah prepare lama, baru sekarang boleh upload.
    belum terlambat rasanya nak ucapkan TAHNIAH diatas blog ISTIMEWA...RIWAYAT MELAYU ni..
    ada satu lagi ruang posting utk kita org 'melepak'..hehehe..
    anyway...apa yang telah terjadi, sedang terjadi dan akan terjadi memang sudah ditaqdirkanNYA..
    sebenarnya..disudut hati kecil...siapa yg tak risau ttg kekecohan, serangan, 'buli' dan 1001 satu caca-marba yg nampaknya semakin kronik melanda di TANAH MELAYU.
    Tapi ALHAMDULILLAH...ALLAH rezekikan kita org dgn SRIKANDI, MO serta penulis2 blog yg lain yg sudi berkongsi ilmu2 berguna secara PERCUMA...huhu
    sebenarnya baru2 ni saya baru 'bertekak' dgn bos yg sememangnya ultra-kiasu. Tapi saya tak rasa takut, bersalah atau apa2 inferiority complex seperti dahulu.
    Dgn bekalan ilmu sejarah dari Srikandi serta memahami bahawa ultra-kiasu juga adalah sejenis 'mind-control' yg paling sadis...saya berkata pd diri bhw..this is my own land man..ini adalah Tanah Melayu..aku adalah TUAN di tanah ini. Aku tidak dtg dari mana2 atau aku tidak akan pergi kemana2.Aku akan tetap disini dan menjaga tanah tumpah darahku...inilah yg dinamakan KETUANAN MELAYU. kita ada cara dan etika tersendiri yg perlu diikut jika mahu tinggal disini..seperti Ikutlah resmi padi, makin berisi makin tunduk..Dimana bumi dipijak, disitu langgit dijunjung..etc.
    Aku tidak rela org yg tidak layak menjadi pemerintah Tanah Melayu. Hanya orang yg memiliki sifat tolerasi, diplomasi, memahami, mementingan keharmonian dan keselamatan rakyat jelata, adil dan tidak mementingkan diri layak menjadi pemerintah mutlak bumi Tanah Melayu.
    Boss saya tu selalu komplen sebab sesiapa nak buka company besar kat Malaysia kena ada org melayu sbg pemegang saham, so walaupun mereka menguasai ekonomi tapi tak boleh lari dari bayang2 orang melayu - sebab tu ultra-kiasu ni kecoh dan heboh pasal quota dan subsidi, glc dan ntah2 apa2 lagi.
    Saya tak pernah rasa sebegini sebelum ini. Ilmu sejarah banyak membantu saya berfikir dgn lebih waras dan tidak emosional.
    Terima kasih tidak terhingga dgn perkongsian ilmu sejarah dari Srikandi.
    Pastinya..jgn jemu untuk terus berkongsi dgn kami semua...
    semoga Allah sentiasa memberi kesihatan berpanjangan kpd Srikandi. Serta mempermudahkan segala tugas2 Srikandi termasuklah 'mendidik murid2 siber' seperti kami ni...huhu
    mekacih ye kepada cikgu sejarah siber kesayangan kami...

    ReplyDelete
  21. salam Srikandi,
    saya ketinggalan lrt..
    belum terlambat rasanya nak ucapkan TAHNIAH diatas blog ISTIMEWA...RIWAYAT MELAYU ni..
    ada satu lagi ruang posting utk kita org 'melepak'..hehehe..
    anyway...apa yang telah terjadi, sedang terjadi dan akan terjadi memang sudah ditaqdirkanNYA..
    sebenarnya..disudut hati kecil...siapa yg tak risau ttg kekecohan, serangan, 'buli' dan 1001 satu caca-marba yg nampaknya semakin kronik melanda di TANAH MELAYU.
    Tapi ALHAMDULILLAH...ALLAH rezekikan kita org dgn SRIKANDI, MO serta penulis2 blog yg lain yg sudi berkongsi ilmu2 berguna secara PERCUMA...huhu
    sebenarnya baru2 ni saya baru 'bertekak' dgn bos yg sememangnya ultra-kiasu. Tapi saya tak rasa takut, bersalah atau apa2 inferiority complex seperti dahulu.
    Dgn bekalan ilmu sejarah dari Srikandi serta memahami bahawa ultra-kiasu juga adalah sejenis 'mind-control' yg paling sadis...saya berkata pd diri bhw..this is my own land man..ini adalah Tanah Melayu..aku adalah TUAN di tanah ini. Aku tidak dtg dari mana2 atau aku tidak akan pergi kemana2.Aku akan tetap disini dan menjaga tanah tumpah darahku...inilah yg dinamakan KETUANAN MELAYU. kita ada cara dan etika tersendiri yg perlu diikut jika mahu tinggal disini..seperti Ikutlah resmi padi, makin berisi makin tunduk..Dimana bumi dipijak, disitu langgit dijunjung..etc.
    Aku tidak rela org yg tidak layak menjadi pemerintah Tanah Melayu. Hanya orang yg memiliki sifat tolerasi, diplomasi, memahami, mementingan keharmonian dan keselamatan rakyat jelata, adil dan tidak mementingkan diri layak menjadi pemerintah mutlak bumi Tanah Melayu.
    Boss saya tu selalu komplen sebab sesiapa nak buka company besar kat Malaysia kena ada org melayu sbg pemegang saham, so walaupun mereka menguasai ekonomi tapi tak boleh lari dari bayang2 orang melayu - sebab tu ultra-kiasu ni kecoh dan heboh pasal quota dan subsidi, glc dan ntah2 apa2 lagi.
    Saya tak pernah rasa sebegini sebelum ini. Ilmu sejarah banyak membantu saya berfikir dgn lebih waras dan tidak emosional.
    Terima kasih tidak terhingga dgn perkongsian ilmu sejarah dari Srikandi.
    Pastinya..jgn jemu untuk terus berkongsi dgn kami semua...
    semoga Allah sentiasa memberi kesihatan berpanjangan kpd Srikandi. Serta mempermudahkan segala tugas2 Srikandi termasuklah 'mendidik murid2 siber' seperti kami ni...huhu
    mekacih ye kepada cikgu sejarah siber kesayangan kami...

    ReplyDelete
  22. salam Srikandi

    ampun maaf kepada semua!
    sila abaikan double posting kat atas tu..technical error...

    ReplyDelete
  23. tq

    srikandi...

    ada ape2 klue utk "king arthur" dan kerajaan timur versi puan

    ReplyDelete
  24. http://www.facebook.com/topic.php?topic=402&post=5996&uid=145217835508875#!/pages/Sokong-Cikgu-Puan-Hajah-Siti-Mangsa-Politik/145217835508875

    ni ha slh satu group....ades..mcm2

    ReplyDelete
  25. salam Srikandi

    sorry off topic..
    saya terjumpa artikel pasal org2 red-indian kat sini:red-indian-adalah-penganut-islam

    http://saifulmerahs.blogspot.com/2010/08/red-indian-adalah-penganut-islam.html

    ia ttg nama, budaya, cara hidup org red-indian yg bertunjangkan Islam sejak dari dulu hasil pengembaraan org arab, nusantara dan cina spt Ibnu Battuta dan laksamana Cheng Ho. Tapi yg dpt nama adalah si Columbus yg tak malu tu.
    Org2 red-indian pun mempunyai sistem aksara menyerupai aksara arab.
    kita org tunggu siri ATBM terbaru lepas raya...

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum
    terima kasih sri kandi sbb hujah yg bernas....depa ni suka buat fitnah nak hancurkan perpaduan umat islam ....sebab kat malaysia majoriti org melayu beragama islam...tue yg depa nak sgt kita lemah...harap sri kandi terus kongsi ilmu ni....

    ReplyDelete
  27. Salam.

    Wangsa, website tu ade malware la.Mintak tuan die bersihkan dulu boleh tak?

    ReplyDelete
  28. alam Q,

    cuba link berikut, hopefully tak de malware tu.


    http://kurakusakti.blogspot.com/2010/08/red-indian-adalah-penganut-islam.html

    http://gempakz.org/showthread.php?tid=390&pid=560

    http://www.eramuslim.com/konsultasi/konspirasi/indian-sudah-memeluk-islam.htm

    ataupun Q boleh tanya pakcik google dgn tajuk berikut:

    Red Indian..... adalah Penganut Islam.......?

    Q boleh baca dari website2 lain yg lebih selamat.

    ReplyDelete
  29. salam Srikandi,

    baru tengok dokumentari syahadah ttg peranan wali songo di tanah jawa dlm mengembangkan Islam. Srikandi pernah sebut, dgn dakwah yg berhikmah, para wali songo berjaya mengislamkan tanah jawa sehingga mereka beramai2 meninggalkan candi borobodur yg pernah gah suatu ketika dulu. ia berlaku sekitar abad 1000 - 1400an.
    juga berlaku perkahwinan raja majapahit dgn puteri kemboja yg beragama Islam semata2 utk mengembangkan Islam dikalangan istana.

    nak tanya: -
    - kemana menghilangnya semua sultan2 tu yek?
    - macamana belanda yg jahat tu berjaya mewujudkan republik Indonesia tidak bersultan apatah lagi berAgung?
    - Malaysia yg kecik ni pulak ada 13 sultan dan ada Agung lagi
    kena tahu sejarah Indonesia la pulak..
    tapi bibit2 nak menanggalkan sistem kesultanan dari pemerintahan negara sedang berlaku sekarang. jika tdk dibendung, tak hairan suatu masa nanti kita akan jadi republik Malaysia pulak.
    kalau puak ultra-kiasu tak nak word "Malay" tu - ntah nama apa nak digantinya pulak - republik Barr CHIN kot..

    sape rajin boleh tengok Syahadah di tv1 waktu sahur pukul 5.30 pagi.
    lepas ni mereka akan ke kemboja melihat org2 Cham pulak.

    selamat menonton!

    ReplyDelete
  30. wahhh wani azmie

    awak memang rajin la dalam mencari info2 terbaru

    tabikkk spring kat awak !!!

    ReplyDelete
  31. aaa...mana ada cri info apa2...saya perhatikan ja..kdg2 mls nk betekak dgn depa yg x reti sjrh nih....makin dilawan..makin merapu kuar hujahnya.
    kdg2 nk tegelak la dgn sejarah rekaan depa yg
    mcm2....huhu...
    en fadzuan x balik baling ka taun ni? mai la beraya ke rumah..hee..kpd smua peminat ATBM..anda smua juga dijemput ..huhu
    selamat ari raya semua~~ =D

    ReplyDelete
  32. salam SRIKANDI...

    xtau nak kata apa, tp MC tu mcm xbetul jer faktanya....pening kpala pulak jadinya...


    oh, wanie...blogger baru ke? welcome 2 da club :-)

    selamat berpuasa

    SILALAH MELAWAT BLOG WANIE...

    ReplyDelete
  33. @wangsa
    kalau tak silap saya sultan2 di indonesa terutamanya di sumatera (kesultanan langkat,deli,asahan) kebanyakannya telah dibunuh semasa PRRI (perang revolusi rep indonesa) atas alasan mereka bersubahat dengan belanda...

    ReplyDelete
  34. srikandi...

    semalam saya baca paper metro, para cenedekiawan Indonesia mendakwa bahawa candi borobudur ialah istana Nabi Sulaiman

    SU-laiman kata mereka ialah satu2nya Nabi yg memiliki suku kata SU di pangkal depan seperti Susilo, Suharto, Sukarnoe

    mereka juga dakwa bahawa Jawa berasal dari perkataan Jew...

    ye ke macam 2?

    harap srikandi komen...

    ReplyDelete
  35. mcm biase srikandi..

    tembakan yg tepat lg memparahkan mreka yg memperkecilkan sjarah kita

    tahniah~

    ReplyDelete
  36. salam...

    abdullah, rasanya cendekiawan indonesia tu tak baca sejarah istana nabi sulaiman n candi tu. bagi saya, itu skadar dakwaan yg tak berasas. kalau btul, mana buktinya? dokumen2 yg sokong bukti tu? rujukan?

    lps ni hrp srikandi bgtau sikit sejarah candi borobudur & istana nabi sulaiman tu yer...

    satu2nya nabi yg guna suku kata SU dlm namanya. so what?? diorg nak dakwa apa pulak ni?? what's the point??

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum puan Srikandi

    Saya MerahMaruah seorang anak muda yang amat berminat tentang kajian sejarah Nusantara khasnya berkaitan dengan sejarah awal Melayu.

    Sejak setahun lalu, ketika menelaah hasil kajian pelbagai sejarawan Asia khasnya dari Indonesia dan Filipina. Saya amat tertarik dengan satu topik yang menjelaskan mengenai 'Sayabiga' yakni segolongan mercenary asing yang pernah berkhidmat sebagai pasukan tentera upahan ketika zaman Khulafa Ar-Rashidin di bawah Saidina Uthman bin Affan dan Saidina Ali Bin Abu Talib serta para Ahlul Bayt. Menurut pendapat sejarawan Waruno Mahdi, beliau menyatakan bahawa Sayabiga ini datang dari Nusantara berdasarkan beberapa bukti seperti cara hidup yang selalu mengembara di lautan, keberanian dlm berjuang, taat setia kepada ketua dan pemerintah, gemar berdagang dan juga perkaitan seperti istilah Sayabiga yang bermaksud 'warga dari Zabag(Srivijaya)' dalam bahasa Arab.

    Mereka amat aktif menjalankan aktiviti mereka sebagai pasukan tentera pemerintah Islam walaupun masih ramai yang belum memeluk agama Islam pada kurun 7 iaitu jika tidak silap saya sebelum dan ketika era 'Fitnah Besar' yang menyaksikan perseturuan di antara pengikut Saidina Uthman dan Saidina Ali. Walaubagaimanapun, rekod mengenai pasukan hulubalang Melayu ini semakin berkurangan pada kurun ke-8 hingga ke kurun yang ke-10.

    Saya tidak pasti apakah sebab mereka hilang dari rekod sejarah Timur Tengah. Adakah kemungkinan besar, kejatuhan mereka disebabkan fitnah Abdullah Ibnu Sabbah yang amat cemburu akan pengaruh mereka dikalangan para khalifah Islam ketika itu? ataupun panggilan pulang ke kampung halaman untuk mengembangkan empayar Srivijaya, Langkasuka dan Champa yang amat gah ketika itu.

    Apa yang saya pasti adalah ketika kepulangan(ada masih yang terus menetap di Teluk Parsi) sebahagian besar mereka ke Nusantara. Pengembangan empayar Srivijaya dalam hegemoni perdagangan dan ketenteraan berlaku secara mendadak. Adakah ianya hasil dari pengalaman mereka mempelajari ketika di Tanah Arab dan semangat juang mereka yang tinggi serta tidak gentar di medan perang? Mungkinkah juga mereka ini Kunlun yang disebut oleh para sejarawan China era Dinasti Tang dahulu? Justeru, tidak hairanlah semangat mereka ini masih diwarisi keturunan mereka selepas 1000 tahun.

    Mohon, puan Srikandi jelaskan sedikit sebanyak mengenai siapakah sebenarnya hulubalang Melayu kuno ini yang pernah berkhidmat di kota Basra dan Damsyik ini dalam siri ATBM depan. :)

    ReplyDelete
  38. wanie azmie
    awak orang Baling ker?
    saya dah lama tak balik Baling dahh
    saya balik KL jer...family semua dah dok sana..huhuhu

    ReplyDelete
  39. salam.

    saya baru tengok perkembangan islam di jepun dlm dokumentari syahadah.
    rupa2nya islam masuk ke jepun seawal tahun 1917 dari tempias empayar turki usmaniah
    masjid pertama di jepun - masjid jamek tokyo dididirikan pd tahun 1938. ia diubahsuai lagi pada tahun 1968.

    http://www.japanfocus.org/data/TokyoMosque.jpg

    http://beautifulmosques.com/wp-content/uploads/2010/05/Turkish-Culture-Centre.jpg

    masjid ni sgt cantik dgn senibina turki.
    sahabat baik saya ada beritahu bhw pada zaman kegemilangannya, turki mempunyai armada tentera yg terkuat.

    so walaupun turki dah jatuh sekarang, tapi kesinambungan sejarah dan perkembangan islam masih berjalan sehingga sekarang hasil usaha warganya yg merantau ke tempat2 lain diseluruh pelusuk dunia.

    saya dpt imagine - sebenarnya aktiviti perdagangan dan pelayaran semenjak zaman dahulu kala eg srivijaya ke, para sahabat Nabi ke, turki usmaniah ke adalah serancak dan sesibuk macam sekarang jugak. orang nusantara telah menjalin hubungan dgn dunia luar hatta menjadi askar kpd pemerintah islam seperti kata sdr merahmaruah tu.
    tapi tulah...nak buang pemikiran bhw org melayu hanya duduk kat gua dan tak pandai buat jarum ni bukan senang. lebih2 lagi dah dikata kita ni pulak yg merampas tanah nenek moyang orang asli pulak.
    dasyat sungguh dakyah yg dikenakan keatas kita kan...

    ReplyDelete
  40. saalam nenek srikandi,cucu jumper blog yg kritik tulisan nenek,dia kritik sikit jer,x byk... ....muslimdairyz.blogspot.com

    ReplyDelete
  41. salam pn srikandi,

    just drop by untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN.

    kalau lalui perjalanan jauh, pandu berhati2...
    nyawa hanya satu, cuai jgn skali..

    regards,
    BLADE EDGE

    ReplyDelete
  42. Salam Cik Srikandi & semua...

    Nasib bek MC tak ckp mcm tu depan saya,klu tak memang kena pelempang budak cina nie...haa,bru dia tau erti PENAMPAR SULUNG org melayu...x abis2 nak kacau jiwa org melayu...dah title pendatang tu duduk lah kt Tanah Melayu ni diam2,asyik nak bikin serabut je puak2 Ultrakiasu ni...

    Sori ler Cik Srikandi,jiwa rasa menyirap mcm ada bom kt dalam badan ni bila terdengar dan terbaca artikel2 puak2 Rasis ni...

    Pe2 hal pun,teruskan usaha murni mu Srikandi dalam membongkar rahsia demi rahsia ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU...

    yede.....................

    ReplyDelete
  43. hahaa... best btul syarahan srikandi... i like... i folow... :D

    maybe next time... nanti srikandi bley ulaskan... yakni firaun mesir dulu asalnya dari org cina kiasu ini... hehee...

    lepas tue sambung kajian... rupa rupanya... bangsa tamadun tinggi atlantis nie... yg pupus ditelan lautan nie... asalnya diasaskan dari kaum siam dan cina... hahahaa...

    mesti havoc kan?...

    nak lagi ummphh... tambah kan kajian... orang eropah dulu cucu cicit bangsa siam dan cina... kacuk punya kacuk... jadi lah besar tinggi mata hijau rambut putih... lepas bergenerasi anan cucu cina nie serbu tawan cina plak... hahahahaa...

    mana2 pendatang kiasu patut humban balik je ke negara asal... singapork tue patut Malaysia dan Indon brunei serang dan tawan je,...

    ReplyDelete
  44. Memang benar dan padat.

    Kenapa saya kata begitu? Setelah mendapat e-mail dari seorang kawan (CINA) mengenai Barr Chin, saya berfikir seketika. Biar betul?

    Saya pun membuat kajian sendiri dengan menyoal beberapa kenalan veteran yang arif tentang Sejarah Melayu. Seorang kenalan rapat (dah anggap macam bapa sendiri) memberitahu bahawa Negera China tidak pernah menjajah kawasan Asia Tenggara ini.

    Adapun, kerajaan Majapahit, selepas kejatuhan Sri Vijaya. Ini semua propaganda yang mana mai pun tak tau.

    Yang datang ke Melaka, Cheng Ho tu pun dah Islam.

    Menurut kenalan saya ini lagi, yang datang membawa Islam ke Melaka bernama Sheikh Ismail dari Arab. Tapi sebelum tu, dia menetap di Gujerat, India.

    Langkasuka dahulunya di perintah oleh Raja Siam. Sehinggalah, datang seorang Arab yang bernama Sheikh Husin. Lepas tu, Raja ni dan seluruh penduduk Langkasuka peluk Islam. Candi-candi dimusnhakan dan ditanam. Cerita ni baru saja dapat tahu oleh kenalan saya, yang juga mendapat cerita ini dari kenalan lamanya yang kini tengah sibuk mencari asal-usul keluarganya.

    Sekarang ni tengah gah kat Kedah, dok korek balik Candi tu kat Lembah Bujang.

    Kalau Srikandi berkesempatan, cubalah korek pula cerita Langkasuka.

    ReplyDelete
  45. jubah putih ...kuala kangsarNovember 26, 2010 at 10:32 AM

    salam

    srikandi,

    ceteknya pengetahuan sy dlm sejarah melayu tidak mampu memberi apa2 komen atau apa2 perdebatan...dan penerangan saudari berlandaskan fakta amat sy kagumi...
    dan secara tidak langsung memberi pengetahuan

    tetapi diperkatakan tentang kesultan perak..
    pedang cura semanjakini....parameswara atau iskandar shah sultan melaka (ada seperkataan nama tidak lengkap atau mungkin di buang)...sakti muna...srivijya...bukit siguntang...dan yg berkaitan penah sy diberi tahu oleh ayahda sy...dan manarik sy untuk terus ingin mengetahui rahsia dalam rahsia...seolah2 ada mistik@misteri dlm sejarah ini...

    juga ingin sy mengetahui si mason penyembah syaitan (maybe dah keluar topik tp di perkata dalam blog ini)

    diharap srikandi dapat mengupas perkara-perkara tadi dgn lebih dalam dan jika terlalu rahsia di mana boleh sy dapat kan informasi tersebut..?

    terima kasih...

    ReplyDelete
  46. Jubah putih

    mason penyembah syaitan boleh baca kat blog di bwh

    http://mistisfiles.blogspot.com/

    ReplyDelete
  47. Pewaris Takhta Sebenar Merong Mahawangsa

    ReplyDelete

 
Cik Seri Berceloteh - Blogger Templates, Wordpress Templates Free - by Templates para novo blogger HD TV Watch Entourage Online. Featured on Local Business Singapore