Monday, October 31, 2011

Laguna Copperplate Inscription,Filipina






Salam dan selamat sejahtera!


Bertemu kembali bersama cikgu sejarah anda,Cik Seri yang lawa...(perasan nyer).Okla...hari ini Cik Seri nak bawa anda semua,peminat Cik Seri yang paling disayangi kepada satu prasasti tembaga yang amat penting.Penting lagi...kenapa penting?Sebabnya ini adalah prasasti tertua pernah dijumpai di Filipina.Prasasti ini ditemui pada tahun 1989 di Laguna de Bay di Manila (nama 'laguna' ini popular gak di sini,salah satunya kat Sungai Petani,Kedah).Prasasti ini ditulis dalam huruf Kawi dalam bahasa Melayu Kuno yang bercampur istilah Sanskrit,Jawa Kuno dan Tagalog Kuno.

Ini dia Laguna Copperplate,Filipina:

Swasti Shaka warsatita 822 Waisaka masa di(ng) jyotisa. Caturthi Krisnapaksa somawara sana tatkala Dayang Angkatan lawan dengan nya sanak barngaran si Bukah anak da dang Hwan Namwaran dibari waradana wi shuddhapattra ulih sang pamegat senapati di Tundun barja(di) dang Hwan Nayaka tuhan Pailah Jayadewa.
Di krama dang Hwan Namwaran dengan dang kayastha shuddha nu diparlappas hutang da walenda Kati 1 Suwarna 8 di hadapan dang Huwan Nayaka tuhan Puliran Kasumuran.
dang Hwan Nayaka tuhan Pailah barjadi ganashakti. Dang Hwan Nayaka tuhan Binwangan barjadi bishruta tathapi sadana sanak kapawaris ulih sang pamegat dewata [ba]rjadi sang pamegat Medang dari bhaktinda diparhulun sang pamegat.
Ya makanya sadanya anak cucu dang Hwan Namwaran shuddha ya kapawaris dihutang da dang Hwan Namwaran di sang pamegat 'Dewata'...
Ini grang syat syapanta ha pashkat ding ari kamudyan ada grang urang barujara welung lappas hutang da dang Hwa ...


Tafsiran dalam Bahasa Melayu Moden:

Swasti. Tahun Saka 822, bulan Waisakha, menurut tarikh. Hari keempat setelah bulan mati, Isnin. Di saat ini, Dayang Angkatan, dan saudaranya yang bernama si Bukah, anak-anak dari Sang Tuan Namwaran, diberikan sebuah dokumen pengampunan penuh dari Sang Pemegang Pimpinan di Tundun (Tondo sekarang), diwakili oleh Sang Tuan Nayaka dari Pailah (Pila sekarang), Jayadewa.
Atas perintahnya, secara tertulis, Sang Tuan Namwaran telah dimaafkan sepenuhnya dan dibebaskan dari hutang-hutangnya sebanyak satu Katî dan lapan Suwarna di hadapan Sang Tuan Puliran Kasumuran di bawah petunjuk dari Sang Tuan Nayaka di Pailah.
Oleh kerana kesetiaannya dalam berbakti, Sang Tuan (Yang Terhormat) yang termasyhur dari Binwangan mengakui semua kerabat Namwaran yang masih hidup, yang telah didakwa oleh Sang Penguasa Dewata, yang diwakili oleh Sang Penguasa Medang.
Ya, oleh sebab itu seluruh anak cucu Sang Tuan Namwaran sudah dimaafkan dari segala hutang Sang Tuan Namwaran kepada Sang penguasa Dewata.
(Pernyataan) ini, dengan demikian, menjelaskan kepada siapa pun setelahnya, bahawa jika di masa depan ada orang yang mengatakan belum bebas hutangnya Sang Tuan ...

Ulasan:

Prasasti ini mengandungi pengakuan perlepasan hutang.Prasasti ini menarik kerana pertamanya,ia mengaitkan masa lalu Filipina dengan kerajaan-kerajaan besar Nusantara seperti Sriwijaya dan Mataram Kuno (Medang).Ia juga memberitahu kita bahawa Bahasa Melayu adalah lingua franca Asia Tenggara.Ia juga memberitahu kita asal-usul penduduk Filipina sebelum kedatangan Sepanyol.

Have a nice day!



*Laman terbaru M.O:Koleksi Jigsclue.Ini linknya:http://jigsclues.blogspot.com/
Sementara MF tutup,bolehlah ulangkaji sikit dan mengubat rindu pada tulisan beliau.

Grahi Inscription,Kemboja






Salam,

Malam ni Cik Seri ngantuk sangat.Lepas makan oat tadi Cik Seri cergas balik.Baca majalah sekejap lepas tu mula menaip.Apa yang Cik Seri nak taip?Haa...ini dia Cik Seri nak bagitahu satu prasasti yang unik.Kenapa unik?Sebabnya ia ditemui di Thailand,namun ditulis dalam bahasa Khmer.Yang peliknya lagi ia bukan menceritakan tentang raja Siam atau Khmer,tetapi tentang raja Melayu!

Raja Melayu itu dikenalpasti oleh pakar sejarah Asia Tenggara sebagai raja pemerintah kerajaan Dharmasraya,sebuah hegemoni politik yang menguasai seluruh Sriwijaya selepas menakluk pusat pentadbiran terakhir Sriwijaya,menghalau sisa kuasa politik Chola dari Nusantara dan membuka kembali laluan perdagangan kapal-kapal dari seluruh dunia yang merentas Selat Melaka.

Kerajaan ini ada kaitan dengan penubuhan Majapahit,dengan sebahagian kerabat dirajanya adalah bangsawan dalam istana Majapahit.

Ini adalah isi yang terkandung dalam Prasasti Grahi:

... bahawa pada tahun Saka 1105 (1183), atas perintah Kamraten An Maharadja Srimat Trailokya raja Maulibhusanawarmadewa, hari ketiga bulan naik bulan Jyestha, hari Rabu, mahasenapati Gelanai yang memerintah Grahi menyuruh mraten Sri Nano membuat arca Budha. Beratnya 1 bhara 2 tula, dan nilai emasnya 10 tamlin.

-Slamet Muljana (Sriwijaya,2006)

(Nota: Ini adalah cara bacaan lama Coedes (1918), manakala dalam
Journal of The Greater India Society (1941) beliau menyebutnya sebagai 'Talanai'. Casparis juga menyebutnya begitu dan ini diikuti oleh US Epigraphy, sumber Kemboja dan lain-lain)



Ulasan:

Gelaran 'Kamraten' adalah gelaran raja Khmer namun nama raja itu,Srimat Trailokya raja Maulibhusanawarmadewa adalah nama raja Dharmasraya dari dinasti Mauli.Ini kerana ditemui gelaran akhir yang seakan sama iaitu 'Maulibhusanawarmadewa' pada nama raja Dharmasraya yang dipahat pada Prasasti Padang Roco di Sumatera.Nama raja yang tercatat pada Prasasti Padang Roco itu ialah Srimat Tribhuwanaraja Mauli Warmadewa.

Bukti paling sahih tentang kerajaan Dharmasraya mewarisi takhta empayar Sriwijaya berserta bisnes perdagangan lautnya ialah dalam catatan pengembara China,Zhao Rugua ada menyebutkan wilayah empayar Dharmasraya ialah dari sebahagian Kemboja,Chaiya di selatan Thailand,semenanjung Tanah Melayu,Sumatera hingga ke Sunda.

Moral of the story,raja Melayu pada zaman dahulu pernah memerintah wilayah Kemboja,atau kawasan yang berpendudukan kaum-kaum Mon-Khmer.Prasasti raja Melayu dalam bahasa Khmer ini membuktikan perkara ini.Saya belum lagi memaparkan banyak lagi khazanah prasasti Angkor yang menyebutkan aktiviti raja-raja Melayu terutamanya Suryavarman I yang membina Preah Vihear itu.Sejarah Melayu memang mengasyikkan dan penuh misteri.

Prasasti Sojomerto,Jawa Tengah







Hai....salam semua!

Kali ni Cik Seri nak tunjuk satu prasasti yang penuh misteri dan teramat penting bagi para pengkaji sejarah Sailendra.Apa itu Sailendra?Sailendra ialah nama sebuah dinasti pemerintah paling berkuasa di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.Nama dinasti ini ditemui sejauh India,Kemboja dan Burma.Dinasti ini pernah menjalinkan tali perkahwinan dengan Sriwijayamala,sebuah dinasti pemerintah yang menubuhkan empayar maritim Sriwijaya yang terkenal itu.

Nama Sailendra ini begitu misteri dan agung sehingga para sejarahwan India dan Kemboja berebut-rebut mendakwa dinasti ini berasal dari  negara mereka.Ini kerana diyakini ketika pemerintahan dinasti ini di bawah nama empayar Sriwijaya,Borobudur iaitu candi Buddha terbesar dunia telah dibangunkan.Prestij dan kemampuan dinasti ini mengendalikan perdagangan antarabangsa antara India dan China mengagumkan banyak pemerhati sejarah Asia Tenggara.Namun anehnya,tiada prasasti atau manuskrip yang menceritakan kisah atau keturunan Sailendra dalam bahasa mereka,kecuali dalam bahasa Melayu!

Ini dia Prasasti Sojomerto,yang mengandungi nama pengasas dinasti paling agung Asia Tenggara,Dapunta Sailendra dan nama keluarganya,ditulis dalam bahasa Melayu Kuno,bertulisan Kawi,yang ditemui di daerah Batang,Jawa Tengah,Indonesia:

  1. ... – ryayon çrî sata ...
  2. ... _ â kotî
  3. ... namah ççîvaya
  4. bhatâra parameçva
  5. ra sarvva daiva ku samvah hiya
  6. – mih inan –is-ânda dapû
  7. nta selendra namah santanû
  8. namânda bâpanda bhadravati
  9. namanda ayanda sampûla
  10. namanda vininda selendra namah
  11. mamâgappâsar lempewângih

Tafsiran dalam Bahasa Melayu Moden:

Sembah kepada Siwa Bhatara Paramecwara dan semua dewa-dewa
... dari yang mulia Dapunta Selendra
Santanu adalah nama bapaknya, Bhadrawati adalah nama ibunya, Sampula adalah nama bininya dari yang mulia Selendra.

Ulasan:
Sudah tentu apabila kita berpeluang menuliskan sesuatu yang penting tentang sejarah keluarga contohnya,maka kita akan menulis dengan penuh megah dalam bahasa kita sendiri,bagi menunjukkan tradisi keluarga zaman-berzaman.Pengasas dinasti ini,Dapunta Sailendra memang bijak kerana sempat memahatkan bukti terpenting ini pada batu bersurat.Maka dinasti ini adalah tulen dari sebuah keluarga Melayu.Gelaran 'dapunta' itu sendiri adalah tradisi raja-raja Melayu Purba,sebagaimana gelaran 'dapunta' pada Hiyang Jayanasa,maharaja Sriwijaya pada Prasasti Kedukan Bukit.



Prasasti Kedukan Bukit,Sumatera






Hai...selamat bertemu kembali dengan doktor sejarah anda,Cik Seri...kali ini Cik Seri nak perkenalkan satu batu bersurat atau prasasti yang teramat penting dalam sejarah Melayu umumnya dan sejarah Sriwijaya khasnya iaitu Prasasti Kedukan Bukit.

Prasasti ini adalah antara dokumen fizikal tertua yang merekodkan bahasa Melayu Kuno,telah dijumpai oleh seorang pegawai Belanda bernama M.Batenburg di Kampung Kedukan Bukit di Sumatera,Indonesia.Prasasti ini menjadi penting kerana di dalamnya merekodkan nama 'Srivijaya' ,sebuah empayar maritim legenda terkenal Asia Tenggara.

Ini adalah isi Prasasti Kedukan Bukit:

  1. svasti śrī śakavaŕşātīta 605 (604 ?) ekādaśī śu
  2. klapakşa vulan vaiśākha dapunta hiya<m> nāyik di
  3. sāmvau mangalap siddhayātra di saptamī śuklapakşa
  4. vulan jyeşţha dapunta hiya<m> maŕlapas dari minānga
  5. tāmvan mamāva yamvala dualakşa dangan ko-(sa)
  6. duaratus cāra di sāmvau dangan jālan sarivu
  7. tlurātus sapulu dua vañakña dātamdi mata jap
  8. sukhacitta di pañcamī śuklapakşa vula<n>...
  9. laghu mudita dātam marvuat vanua...
  10. śrīvijaya jaya siddhayātra subhikşa...

Tafsiran ke Bahasa Melayu Moden:

Selamat dan Bahagia!
Dalam Syaka 605
Sebelas hari Bulan Waisyaka.
Baginda naik kapal
Mencari untungnya pada tujuh hari
Bulan Jyestha, Baginda berlepas dari Muara
Tamvan membawa bala dua laksa dengan
Dua ratus pawang di kapal dengan jalan seribu
Tiga ratus sepuluh dua banyaknya. Datang di Matajap
 
Sukacita.
Pada lima hari Bulan
Belayar mudik datang membuat benua
Srivijaya kota yang jaya, bahagia dan makmur.


Ulasan:
Di sini kita tahu bahawa Dapunta Hiyang ialah seorang raja yang membawa balatenteranya,bertolak dari sebuah tempat bernama Muara Tamvan menuju ke Matajap.Baginda telah berlayar untuk menakluk pelabuhan-pelabuhan entreport seluruh Asia Tenggara dan menyatukan mereka ke dalam satu 'maritime federation' iaitu Sriwijaya.

Saturday, July 2, 2011

Prasasti Dong Yen Chau,Vietnam




Salam semua!


Hari ini Cik Seri nak 'highlightkan' satu batu bersurat yang pernah Cik Seri sebut dalam satu artikel yang lalu.Batu bersurat atau disebut prasasti ini amat penting,pertamanya ia memberitahu kita bahawa suku Cham yang pernah mendirikan kerajaan Champa yang terkenal itu adalah dalam rumpun Melayu dan keduanya,ini adalah bukti paling terawal yang diketahui bahasa Melayu tercatat pada prasasti.Sebelum ini sejarahwan barat mengenal Prasasti Kedukan Bukit yang ditemui di Sumatera sebagai bukti terawal prasasti berbahasa Melayu.

Ini dia,Prasasti Dong Yen Chau,Vietnam:


"Siddham! Ni yan Naga pun putauv, ya uran spuy di ko, kurun ko jmay labuh nari svarggah, ya uran peribhu di ko, kurun saribu tahun ko davam di naraka, dnan tijuh kulo ko"


Perhatikan beberapa perkataan Melayu purba yang masih digunakan sehingga ke hari ini,saya pernah sebut sebelum ini:

uran=orang
yan=yang
pun=pun
kurun=kurun
saribu=seribu
tahun=tahun
davam=diam
di=di
naraka=neraka
dnan=dengan
tijuh=tujuh
ni=ini


Prasasti ini berusia kira-kira abad ke-4 Masehi.Sebenarnya saya ada terbaca dalam jurnal sejarahwan Vietnam tentang prasasti Cham lebih awal dari itu,iaitu berusia abad ke-2 Masehi namun mungkin belum sampai ke pengetahuan pengkaji kita.Prasasti ini adalah paling tua dalam sejarah Indochina dan mengatasi apa jua prasasti Khmer,Mon,Burma,Dai-Viet,Lao mahupun Thai.Yang paling dekat dengan bahasa Melayu suku Cham ini adalah bahasa Mon dan Khmer di mana prasasti tertua masing-masing berusia abad ke-6 Masehi.Prasasti bahasa Burma seawal abad ke-11.Prasasti Thai abad ke-13.Dai-Viet pula dikesan menuliskan bahasanya seawal abad ke-15,di mana sebelum itu kemungkinan menggunakan bahasa-bahasa Cina era klasik.Sebab itu dalam sejarah bahasa di Indochina dan Asia Tenggara,bahasa Melayu dikategorikan dalam kumpulan 'ancient language' dan seringkali suku Cham dinamakan sebagai 'ancient nation'.Dari prasasti ini juga kita tahu bahawa bahasa yang digunakan oleh suku Cham dan kerajaan Champa pada masa dahulu adalah serumpun dengan bahasa yang juga digunakan oleh Empayar Sriwijaya (prasasti tertua berusia abad ke-7 Masehi).Cham adalah 'indigenous' Indochina dan rekod kewujudan orang Cham lebih awal dari orang Khmer berdasarkan bukti dari riwayat Khmer sendiri yang mengatakan ketika Kaundinya (bapa orang Khmer yang menurunkan bangsa Khmer) tiba ke Kampuchea (Kemboja),beliau telah bertemu dengan 'Cham King'.Legenda mengatakan bahawa raja-raja Cham dahulunya bertempat di Champassak iaitu di Laos sekarang dan candi-candi purba di sana dikatakan dibina oleh orang Cham bukan Khmer.Riwayat diraja Khmer melalui ulasan  pengkaji Perancis mencatatkan kehadiran raja Cham dalam riwayat Kemboja ialah diperkirakan seawal 500 Sebelum Masehi dan ini adalah era Cyrus The Great!

Raja-raja Melayu sama ada dari Sumatera atau di tanah besar Asia (Indochina dan semenanjung) mempunyai standard tersendiri dalam mengabadikan kerajaan mereka.Mereka pasti memahatkan kewujudan kerajaan mereka dalam bahasa Melayu Kuno.Inilah kepentingan prasasti.Kamu anak-anak Melayu semua wajib kenal semua prasasti-prasasti ini.Prasasti ni sebagai 'senjata' untuk menangkis apa jua pembohongan sejarah.Nenek moyang telah bersusah payah mengabadikan bahasa dan sejarah bangsa pada batu bersurat;seakan kapsul masa pada hari ini.Jika anda semua belum nampak,saya akan ajukan satu kajian kes.Mangsa kajian saya kali ini ialah penulis Tausug Global iaitu Asreesulu.Maaflah ye sebab nak buktikan bahawa dengan adanya prasasti,maka kita boleh lihat siapakah yang berpijak di bumi dan siapakah yang berangan-angan.

Asreesulu mendakwa kerajaan Zabag yang bertempat di Suvarnadvipa,yang dilaporkan oleh dua pengembara Arab,Al-Biruni dan Mas'udi (masing-masing pada tahun 1030 M dan 943 M) adalah merujuk kepada kerajaan Tausug dan orang Tausug.Catatan dua pengembara itu ialah pada abad ke-10 dan ke-11 Masehi dan ini adalah zaman kerancakan empayar Sriwijaya.Kerajaan ini dikatakan menguasai Laut Champa.Laut Champa adalah nama lama bagi Laut China Selatan.Untuk menapis kenyataan ini,kita boleh buat ujian pertanyaan:

1-Adakah kerajaan Zabag yang hebat itu ada mengeluarkan prasasti berbahasa Tausug dan ditulis dalam tulisan Lontarsug?

2-Adakah kerajaan Zabag (Tausug) itu ada menghantar duta-duta ke negeri sekitarnya seperti China?Jika ada apakah sebutan China terhadap orang Tausug?

3-Adakah nama Tausug itu ada disebut dalam riwayat bangsa-bangsa lain?

Ok,kita lihat laut Champa yang dikatakan terletaknya kerajaan Zabag:





Dari geografi pun kita tahu bahawa lebih baik kerajaan Zabag duduk kat Borneo,semenanjung atau Sumatera kerana ketiga-tiga kawasan ini adalah laluan antarabangsa antara India ke China.Buat apa menyorok kat Kepulauan Sulu?Kerajaan Zabag akan bangkrup kalau duduk kat Sulu sebab hasil perdagangan dicantas oleh pelabuhan-pelabuhan kerajaan di Sumatera dan Semenajung.Sudah tentu kerajaan Zabag kaya-raya kerana perdagangan antarabangsa,bukan hanya merompak dan melanun.Lu fikirla sendiri.

Ok,sambil menanti-nanti saudara Asreesulu mengarang cerita dok muhong,biar saya beritahu kat belakang:

1-Kerajaan Zabag jadi-jadian Tausug tidak ada sepatah haram pun prasasti.Prasasti tertua di Filipina dan Sulu adalah Laguna Copperplate,hasil keluaran kerajaan Medang di bawah pemerintahan dinasti Sailendra.Sailendra adalah dinasti Melayu yang juga pernah memerintah Sriwijaya.Laguna Copperplate ditulis dalam bahasa Melayu Kuno dengan kehadiran istilah Sanskrit,Jawa Kuno dan Tagalog Kuno (bukan Tausug ye).

2-Kerajaan fantasi Tausug ini tiada pernah didengar oleh mana-mana kerajaan.Raja China pun tidak pernah menerima duta Tausug.Kerajaan Melayu memang ada,di mana di dalam rekod China di sebut Mo-lo-yu,Ma-li-yuer,Bok-lo-yu mengikut sebutan dinasti-dinasti China yang berbeza.Kalau orang Tausug ada menghantar duta,ia kemungkinan disebut Tao Sup dalam rekod China.Tapi minta maaflah,nama anda tiada dalam carta.Raja China ke India ke tak kenal siapa Tausug.

3-Sepanjang kajian sejarah,TIADA.Asreesulu pun tak berani nak petik riwayat Mon ke,Khmer ke,Thai ke atau sebagainya yang menyebutkan pasal Tausug.Dah tu memang takde.Asreesulu hanya berani memutarbelitkan catatan umum para pengembara atau para imperialis Barat berkenaan Asia Tenggara dan kerajaan-kerajaannya,di mana catatan itu didakwanya bersangkut paut dengan Tausug,padahal tidak.

Adakah kerajaan Zabag itu berkaitan dengan orang Melayu dan empayarnya?Mari kita lihat.

1-Sekitar abad ke 10 dan 11 terdapat beberapa buah prasasti yang dipahat oleh dinasti-dinasti besar Melayu Asia Tenggara.Laguna Copperplate oleh dinasti Sailendra dari kerajaan Medang (Mataram Kuno),tahun 900 Masehi.Prasasti Grahi pada tahun 1183 Masehi diukir oleh Maharaja Dharmasraya,Maharaja Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa,waris Sriwijaya yang mengambilahlih seluruh wilayah kekuasaan Sriwijaya.Prasasti ini ditulis dalam bahasa Khmer.Prasasti Hujung Langit tahun 997 Masehi yang berisi urusan pemberian tanah,ditulis dalam bahasa Melayu Kuno.Ini prasasti yang bersangkutan dengan tiga dinasti Melayu iaitu Sailendra,Sriwijaya dan Mauli yang ada kaitan dengan empayar Sriwijaya.Saya tak masukkan lagi prasasti-prasasti sebelumnya seperti Kedukan Bukit,Kota Kapur,Gandasuli,Talang Tuwo,Ligor,Nalanda dan lain-lain.Ini semua prasasti raja-raja Melayu purba,majoriti ditulis dalam bahasa Melayu Kuno.

Jadi sekarang siapa yang berangan?Kerajaan sehebat Zabag tiada prasasti langsung dalam bahasanya sendiri iaitu Tausug?Malas menulis?Alasan yang akan digunakan oleh Asreesulu adalah dengan mendakwa raja Tausug menulis prasasti dalam bahasa Melayu kerana ia bahasa perdagangan.Ini sama seperti alasan Siam Mongol.Raja Jawa pun tulis prasasti dalam bahasa Melayu tapi mereka tulis juga dalam bahasa Jawa.Raja Sunda dan Aceh pun sama.Mereka masing-masing ada prasasti dalam bahasa suku sendiri.Jadi apa masalahnya?

2-Sekitar abad ke 10 dan 11,negeri China telah menerima banyak utusan dari Sanfotsi,iaitu Sriwijaya.Sanfotsi adalah sebutan China bagi Sanjaya,iaitu cabang keluarga Sailendra.Sebutan Sanfotsi digunakan setelah dinasti Sailendra mengambilalih kuasa pentadbiran dari dinasti Sriwijayamala,yang disebut sebagai 'Shih-li-fo-shih'.Sriwijaya menghantar duta pada tahun 960,962,980-983,988-992-1003,1008,1017 dan seterusnya.Sriwijaya juga menghantar para pelajar,pedagang dan duta ke kerajaan-kerajaan di India.Sehingga di Nalanda,India dijumpai satu prasasti tembaga padu yang mahal buatannya terpahat nama Balaputradewa,raja Sriwijaya dari dinasti Sailendra.Rekod-rekod duta ini penting kerana ia menunjukkan sesuatu kerajaan itu diketahui kewujudannya oleh kerajaan lain.Kerajaan yang tak menghantar duta ke negeri lain adalah kerajaan orang gua yang tak tahu hidup bermasyarakat.Orang lain pun tak peduli pasal dia,dia pun buat hal sendiri.

Seperkara yang menarik,kerajaan 'Prester John' yang hantar utusan kepada Muawiyah dan Umar Abdul Aziz, iaitu khalifah Bani Umayyah,yang di dalam suratnya memberitahu kerajaannya amat besar di Timur dan mengausai lautan adalah utusan kerajaan Sriwijaya.Maharaja ketika itu ialah Indravarman.

3-Carilah...di mana-mana dalam riwayat Khmer,Mon,Thai,Jawa dan lain-lain,nama Tausug dan Sulu memang tiada.Catatan tentang Sulu dan penduduknya hanya selepas era imperialisme.Catatan lain pun kerana ada satu-satunya kerajaan Tausug yang ada iaitu Kesultanan Sulu.Kesultanan ini wujud pun selepas diIslamkan oleh orang Melayu Johor peranakan Arab.Selepas masuk Islam dan dapat merasa jadi orang bertamadun,barulah boleh buka kerajaan.Sebelum itu satu dunia pun tahu,penduduk Sulu adalah lanun-lanun primitif.Asreesulu pun mengaku malah berbangga lagi.Ini pun ada hati nak dakwa Zabag itu Tausug?

Namun nama 'Malayu' itu jelas terpahat dalam prasasti,rekod dan manuskrip.Setakat ini setahu saya ada dua prasasti di Asia Tenggara yang terpahat amat jelas ejaan 'Malayu' itu.Pertama Prasasti Tembaga Jaya Singa Himat keluaran sekitar abad ke 10-13 Masehi,berbahasa Melayu Kuno.Kedua Prasasti Hanchey berusia abad ke-6 Masehi di Kemboja yang bertulisan Khmer dalam bahasa Khmer Kuno campur Sanskrit.Manakala di dalam manuskrip,jumlahnya amat banyak.Tidak termasuk pelbagai variasi sebutan mengikut dinasti di China dan sebutan rekod Tamil,Sinhala,Pali dan Sanskrit.Dalam rekod Jawa lagilah banyak.Dalam kakawin-kakawin era Majapahit memang tercatat kata 'bhumimalayu' dan 'malayupura'.Dalam rekod Thai terutama era Ayutthaya pun ada,tambahan pula bahasa Melayu antara bahasa pengantara dalam istana Ayutthaya.Ini saya ambil dari tesis oleh Davisakd Puaksom untuk Doktor Falsafahnya di Universiti Nasional Singapura.Beliau telah menemui banyak bukti mengejutkan tentang pengaruh bahasa Melayu sebagai lingua franca di dalam istana Ayutthaya.Maaflah bahasa Tausug tiada tempat dalam istana raja Siam.

Kesimpulannya,melalui prasasti,manuskrip dan rekod,kita mampu tersenyum megah dan hanya melihat gelagat para pembohong sejarah terkinja-kinja di hadapan kita.Modal mereka air liur dan cerita fantasi mereka.Kita ada prasasti,rekod dan manuskrip.Hanya orang gila sahaja yang menafikan kepentingan prasasti dan manuskrip.Tamadun yang malas menulis dan mencatat adalah tamadun orang gua dan monyet-monyet.Kita punya tamadun yang menulis dan mencatat.Kita setaraf tamadun Sumeria,Mesir Purba,China dan Lembah Indus.Semua tamadun itu meninggalkan bukti-bukti berupa rekod tulisan dan bahasa.Seluruh sarjana linguistik dan morfologi mengiktiraf prasasti-prasasti berbahasa Melayu Kuno kita.Dahulu kita penguasa seluruh Asia Tenggara.Bahawa dahulu kita punya empayar yang agung.Kita pribumi Asia Tenggara.Di sini tempat tumpah darah kita!

Saya membawakan kajian kes seperti Siam Mongol,Ultrakiasu dan Asreesulu adalah untuk melatih anda supaya menggunakan semua bahan bertulis yang diusahakan oleh nenek moyang kita bagi menentang pembohongan sejarah.Ini semua ibarat senjata paling ampuh.Jika anda pandai menggunakannya anda akan jadi seperti saya.Semangat mereka seperti Siam Mongol dan Asreesulu dalam menaikkan prestij sukukaum mereka walaupun mereka tahu kaum mereka tidak punya apa-apa bukti,adalah sesuatu yang patut diinsafi oleh anak-anak Melayu.Kamu semua ada bukti yang kukuh,apa lagi,gunakan!!

I'm vampire of history.Telahku semahkan darah pada batu bersurat,telahku perahkan limau pada keris wasiat.Sampai masa aku bangkit untuk berjuang.Biar tulang-temulang ku remuk seribu,kulitku bercaing jantungku dihempas ke batu,namun berundur tidak walau selangkah.Ku titiskan air limau ke atas liang lukaku,biar panas mendidih segenap hanahorragha,biar bergetar segala urat-urat dan daging.Urat menjadi dawai,daging menjadi besi...darah menjadi raksa.
Ku titiskan darahku ke dalam mangkuk diraja,buat santapan putera puteri pertiwi,biar keturunannya menjadi srikandi riwayat terahsia,gagah melawan bala bencana,teguh menahan badai daksima.Lohor jiwa dan raga.Lohor paksi agama.Lohor segenap bangsa!






~Srikandi
'Vampire blood in the chalice of the emperor'

Sunday, June 26, 2011

Awat hang dok muhong?


Awat hang dok muhong?






Hiburan datang lagi!Kali ini Cik Seri nak cerita pasai orang dok muhong.Ini bukan muhong sebarang muhong,ini muhong Siam punya.Cik Seri tak tahu pasai pa puak ni suka sangat dok muhong.Dok putar belit.Dok lok lak sana lok lak sini.Ini muhong sampai orang yang dok muhong pun boleh peninnnn.Candi Prambanan dan Borobudur dikatakan masjid kerajaan Siam Mongol.Huargggh!Gelak berguling-guling geng 'Pendatangness'.Saya pun dok malu pasai puak Siam Mongol ni kekadang pakai nama Melayu bila dok muhong.Sat pakai Melayu sat pakai Siam.Bila rasa bahaya pakai topeng Melayu sat.Bila dah naik tonggek mencanak-canak...buang topeng Melayu pakai topeng Siam pulak.Pengecut,penakut.Buat malu kaum saja.

Maghi dengaq ceghita,haa...ini hikayat Negeri Pasai Pa.Bukan Pasai Ma.Mana ada negeri Pasai Ma.Pasai Pa adalah,pasai negeri ni buat orang tertanya-tanya...pasai pa?pasai pa?

Contohnya pasai pa hang dok muhong?Hang bodoh ka atau hang terencat akai?Kalau hang terencat akai,pasai pa hang dapat masuk universiti Jordan?Gila ka apa pak arab Jordan terima orang terencat akai cam hang.(nanti keturunan mulia Megat Merong sumpah ana).Apa?Ahhhh!Pi mampuih la dengan keturunan mulia anta tu.Cik Seri tak takut sikit pun.Apa nak takut dengan keturunan mulia.Ahli Bait kunun...ni bukan ahli bait,ini ahli dok muhong.

Cuba lihat artikel terbaru Encik Tarmizi:SESI SOAL JAWAB MEGAT DOK MUHONG BERSAMA DENGAN BLOGGER FAIRUS

Hangpa semua akan jumpa gambaq runtuhan bangunan macam ni:



Kemudian Encik Tarmizi pi bubuh ayat dok muhongnya tang bawah gambaq:

RUNTUHAN KERAJAAN MELAYU ISLAM DI BENUA SIAM KEDAH BERHUBUNG RAPAT DENGAN PERANCANGAN SULIT MUSUH-MUSUH ALLAH UNTUK MENGHANCURKAN KEWIBAWAAN KELUARGA NABI S.A.W. SEBAGAI PEMERINTAH YANG UNGGUL

Kesampingkan penyalahgunaan atau eksploitasi perkataan-perkataan seperti "MELAYU ISLAM" atau "KELUARGA NABI S.A.W".Lihat bagaimana Encik Tarmizi terkantoi buat kali yang seterusnya (saya tak ingat berapa kali dia ni terkantoi,memang banyak).

Gambar ini sebenarnya di ambil dari laman web earthdocumentary.com.Ini adalah foto sebuah runtuhan purba Khmer iaitu Mangalartha.Pautannya ialah di:http://www.earthdocumentary.com/mangalartha_angkor.htm
Saya petik dari laman web itu:

"Mangalartha is a small, insignificant, and difficult to find Angkor ruin that will appeal mainly to hardcore enthusiasts. It is also called Monument 487 as well as Prast Top (East). To find Mangalartha, go along the road between the Bayon and the Victory Gate. About 200 meters before arriving at the Victory Gate, look for a forest path on the right. Mangalartha is located 300 meters into the jungle.

Mangalartha holds the distinction of being the last known monument of the Angkor period. It was built in the late 13th century, during the reign of King Jayavarman VIII, and was constructed to honor a Brahmin scholar called Jayamangalartha, who was the son of one of the gurus of the king. According to inscriptions, the temple was consecrated at 8:45am on Thursday, 28 April, 1295 AD.

Broken pediments lying on the ground show carvings of reclining Vishnu as well as the Three Steps of Vishnu, depicting the deity stepping over the ocean"


Ini runtuhan candi Khmer tuan-tuan dan puan-puan.Pertama kali saya tengok kat blog Tarmizi ni pun saya dak tergelak dah.Saya memang 'familiar' dengan senibina Angkor dan Khmer.Tak leh tipu la kawan.Budak-budak hingusan boleh la kena tipu.Dengan saya sorry la nak muhong.Peminat-peminat blog hangpa boleh la kena kencing.Ini Srikandi,pewaris Maulimalaraja kebal dari segala tipuan sejarah,faham?Insaflah ustat Tarmizi.Awat dok muhong??Mungkin Encik Tarmizi kata bekas masjid yang di'candi'kan.Macammana kat masjid ada tertulis batu bersurat 4 penjuru yang terpahat tarikh dibina dan keterangan tentangnya pasai Siva,Vishnu dan Krishna?Ini nama dewa-dewa Hindu bukan nama nabi-nabi.

Ini bukan sebarang buta sejarah ni.Ini spesis nyanyuk ni. :DDDD

Saya bukan nak mengagungkan candi Hindu-Buddha tetapi saya tak mahu agama Islam yang suci ini dipermainkan oleh pihak yang tamakkan takhta macam budak-budak main tampal gambar.Penganut agama lain pun rasa kesian tengok kebingungan dan kebiolan puak yang mengaku Islam ini namun mempermainkan Islam.Mereka meletakkan Islam di tempat yang salah.Islam di tangan mereka dipermainkan sesedap rasa asalkan sesuai dengan cerita muhong mereka.

Kalau letak gambar masjid Krisek di Pattani dan dakwa ini runtuhan Kerajaan Siam Islam saya respek la jugak.Ini semua candi dan kuil disebatnya jadi masjid.Awat hang biol sangat ni?Saya pun naik hairan dengan Encik Tarmizi ni.

Encik Tarmizi yang menyamar jadi Megat Jefri ni sebenarnya hanya serkap jarang sahaja.Tetapi anehnya ada manusia yang rela kena kelentong dan sanggup jadi pacal yang hina kepada si dok muhong ni.Mengaku jadi hamba rakyat kepada Encik Tarmizi.Awat bodoh sangat?

AlSemantani (blogger Melayu Nusantara) yang demam biasa dikatakan terkena buasir!Saya yang muda remaja ni dikatakan makcik tua Manjalara,asal Surabaya kat Indonesia nun.Hang ni betui ke tak betui ni?Saya asal Perak la.Awat hang melalut sampai Surabaya nun sana.Awat hang dok muhong??

Mereka kutuk habis-habis AlSemantani dengan pelbagai hinaan.Lihat peminat pacal yang hina dina Encik Tarmizi bernama Sofea Umudi menulis:

"Hati-hati abe Megat, dia puji artikel ada makna tu, dia bukan orang biasa tapi Mat Lembut, separuh Jantan. Penyakit buasir yang dia kena tupun senonim dengan benda yang di belakang tu,tu."

Mengapa keturunan ini suka makihamun dan mencarut,saya benar-benar tak faham.Perjelas elok-elok tak boleh ke?Dia bukan pernah jumpa pun AlSemantani atau saya sendiri tetapi buat tuduhan macam duduk serumah sampai punggung (dengan maaf) AlSemantani pun dikajinya.Pelik...pelik.

Sofea Umudi,awat hang bodoh sangat?Ketak-ketuk ketak ketuk taip komen caci orang bukan main pandai,tapi ang kena kencing ngan Tarmizi  ang tak tau.Hang tau tak senibina Khmer macam mana?Tulisan Siam ngan tulisan Khmer dapat beza ka?Ada ka tulisan Siam?Jangan amik tulisan Thai ramakhameang ngaku itu tulisan Siam Mongol sudahlah.Atau ang ni Tarmizi menyamar jadi pondan nama Sofea Umudi? :DDDD

Menariknya sorang lagi puak mereka yang sampai hari ini kompius dengan diri sendiri,Encik Herman Malaypress akhirnya lepaskan komen saya yang diperamnya sebab takut dikritik.Tahu pun takut.Ingat saya apa?Ini waris mutlak anak cucu Nabi Adam a.s tau.Bukan wangsa Harimau atau Monyet.Saya perlawak saja...jangan marah nooo...

Saya gertak sikit baru lepas komen.Ini nak berjuang untuk Bani Jawi?Awat tak lepaih awai-awai?Dah kena malu baru nak lepaih,kan dah malu dua kali?Geng Ultrakiasu pun saya bantai sampai mereka komen dalam MF dengan pelbagai kutukan dan provokasi terhadap saya.Mereka ugut saya dengan mengatakan akan cabut Islam dari dada-dada orang Melayu.Wat lu?Dah lama idup?

Ini kan pula Encik Tarmizi kita ni.Saya jentik sikit aja tuuu diaaa berpusing-pusing sampai peninn.Dah tak tau beza mana masjid mana tokong.Silap aribulan dia pi semayang dalam tokong,huhuhuhu....

Awat hang dok muhong?Hang tak takut Tuhan ka?Mai sini berentap ngan saya kalau betul anak jantan Siam.Jelaskan pembohongan gambar di atas.Bubuhla raja Boromokot Syah Al-Monggol ka atau Po Chan Nai Luang Al-Muhong ka lengkap dengan salasilah kerabat pun tak apa.Muhongla...saya nak dengar muhong apa pulak kali ni.Macam orang gila tahap muhong dia ni.Memang hang kantoi kali ni.

Hang dok muhong pasai pa?







~CikSeri


(Semua artikel berkaitan kritikan terhadap 'sejarah realiti' tajaan mereka yang mendakwa keturunan Siam Nai tidak bermaksud menghina rakyat Malaysia keturunan Siam mahupun keturunan Raja Ligor.Kritikan ini hanyalah sindiran kepada pihak yang berkenaan yang mempermainkan imej Islam sesuka hati dan membuat penyelewengan fakta sejarah demi mendapatkan takhta yang tak kunjung tiba)

Friday, June 24, 2011

Pentingnya kefahaman tentang sejarah





Pentingnya kefahaman tentang sejarah:Khutbah sejarah oleh Srikandi





Apa pentingnya sejarah?Sejarah akan jadi penting apabila tanah anda dirampas tiba-tiba semata-mata faktor sejarah.Anda hidup merempat dan lebih malang apabila keluarga anda,ibu bapa anda yang telah tua,anak-anak kecil anda yang tidak tahu apa-apa dihalau keluar dari rumah.Anda akan melihat rumah anda dirobohkan oleh bulldozer.Anda tidak boleh buat apa-apa selain menangis dalam hati dengan emosi yang teramat marah.Isteri dan anak-anak anda sudah lama berendam air mata.

Katakan anda telah lama tinggal di Pulau Batu Putih.Anda seorang yang anti subjek sejarah.Ketika di sekolah dahulu,sejarah adalah subjek yang paling anda benci.Cikgu sejarah adalah manusia yang paling membosankan.Beberapa kali anda ponteng kelas sejarah sebab terlalu bosan.

Suatu hari ada seseorang datang mengetuk rumah anda dan mengatakan tanah yang anda duduk sekarang sudah jadi milik negara lain.Mengikut undang-undang negara itu,anda telah menduduki tanah tersebut secara haram dan perlu keluar dari rumah itu dalam tempoh sebulan.Anda membantah,mengatakan anda sah menduduki tanah itu dan menunjukkan segala dokumen yang berkaitan.Orang misteri itu menggelengkan kepala dan berkata segala dokumen anda sudah tidak berguna lagi kerana kini tanah anda sudah tertakluk pada undang-undang baru.Anda bertanya,mengapa?Orang itu menjawab sebab negara anda kalah dalam tuntutan ke atas pulau itu.Anda bertanya sebab apa kalah?Orang itu menjawab sebab negara anda tidak jumpa dokumen-dokumen penting (malas mencari atau dibayar untuk malas mencari?) dan menampilkan foto-foto yang di 'copy-paste' dari blog sementara negara dia mengupah jurugambar profesional.Anda terkedu mendengarnya.Lelaki misteri itu tersenyum sinis melihat mata anda terbeliak seraya berkata:

"Negara anda buta sejarah.Sebenarnya pulau anda lebih dekat dengan Johor dari negara kami.Pulau anda adalah milik Empayar Johor-Riau suatu ketika dahulu.Ketika zaman British dahulu,Johor belum lagi dinaungi British,malah hanya menerima penasihat British terlalu lewat,menjelang abad ke-20,iaitu pada tahun 1914.Ada satu dokumen yang mengesahkan pulau ini milik Sultan Johor,tetapi pasukan negara anda pemalas.Kami telah mengupah pasukan profesional terdiri dari pakar-pakar yang bertauliah dari segi sejarah dan perundangan.Pasukan negara anda pula terdiri dari penerima rasuah dan buta sejarah.Jadi siapa bodoh dia yang kena..."

Lelaki itu ketawa berdekah-dekah sambil meninggalkan anda terpinga-pinga.

Apa kepentingan sejarah?Sejarah akan jadi penting apabila anda dituduh sebagai pendatang di negara tanah tumpah air sendiri dan segala keistimewaan yang diterima oleh anda sebelum itu sebagai pribumi dicabut serta-merta.Apabila semua kaum di Malaysia sama taraf sebagai pendatang,anda akan melihat kaum anda adalah yang paling tercicir,atau bahasa kasarnya yang paling bangsat di Malaysia sebab lemah dari segi ekonomi dan tidak punya daya saing.Apabila kaum anda disama tarafkan sebagai pendatang maka raja-raja anda pun adalah pendatang!Maka institusi raja dimansuhkan dan negara anda menjadi sebuah republik.Kaum lain akan naik cepat dalam politik sebab punya BANYAK WANG.Wang tidak boleh membeli segalanya NAMUN DAPAT MEMBELI ORANG-ORANG YANG KAKI RASUAH DAN PENGKHIANAT BANGSA.Malaysia akan jadi Singapura kedua.Malangnya,sebab kaum anda masih majoriti dalam negara (selepas dicampur pribumi yang lain).

Sejarah penting sebab banyak orang yang berbohong sekarang.Anda boleh tertipu di pasar malam selepas kena kelentong dengan penjual.Sebagai contoh anda boleh tertipu membeli jam tangan yang nampak macam 'branded' tetapi selepas sebulan 'out'.Saya beritahu anda,bahawa anda boleh hilang negara sebab kena kelentong dengan para pembohong ini.Anda boleh hilang tanah tumpah darah anda,hilang budaya,hilang bahasa dan akhir sekali hilang agama anda!Anda tahu rancangan Kristianisasi di Malaysia?Berapa ramai orang Melayu Islam yang tukar agama?Jika Malaysia menjadi sebuah republik dan pemimpin politik terdiri dari para Chauvinist DAP,maka peluang untuk melihat anak cucu anda menjadi seorang Kristian (istilah kasarnya seorang kafir) adalah amat cerah.Mereka banyak wang syeikh...kita rata-rata lemah dari segi ekonomi.Hari ini mereka bagi 2 rat.Besok bagi lagi 2 rat.Bagi beras,susu dan macam-macam.Kemudian anda fikir...wah baiknya hati orang Kristian.Nak harapkan Jabatan Kebajikan Masyarakat?Haram!Borang itulah...borang inilah...banyak karenah birokrasi.Pejabat Agama?Baitulmal?Saya tak kenal mereka.Mereka macam makhluk asing dalam masyarakat Islam.Duit zakat diperam dalam Baitulmal macam peram anggur supaya jadi arak.Duit zakat diperam macam masuk skim Labu Peram kah?Tak minta duit zakat ke?Dah minta,tapi macam biasa juga...borang itulah inilah...eh..saya tak cukup syarat rupanya.Minta bantuan dari masjid...wah,orang masjid halau saya.Saya miskin,bekas banduan,bekas pelacur,bekas bapuk,bekas mak nyah.Saya orang berdosa.Saya tak layak jejak kaki ke masjid.

Orang Kristian bagi lagi bantuan.Kenapa anda baik pada saya?Orang Kristian tadi cakap,ini bukan dari saya...ini dari Jesus.Jesus adalah Tuhan yang Maha Pemurah.Sampai kita berfikir...wah...Tuhan Jesus lebih kaya dari Tuhan Allah!

Na'uzubillah...lihat,boleh lari iman syeikh!!

Sebab itu pentingnya kita pertahankan sejarah kita.Orang yang faham agama,dia akan faham bagaimana musuh-musuh agama mahu cucuk lagi dan lagi untuk mencelah menjatuhkan agama kita.Salah satunya memutarbelitkan sejarah.Matlamat mereka adalah untuk dapat pegang Malaysia dengan apa jua cara.Salah satunya dengan memutarbelitkan sejarah.Saya nak bagitahu,Malaysia lebih bernasib baik dari Indonesia sebab masih ada pemimpin yang sensitif dengan agama.Kristianisasi di Indonesia amat teruk.Diburukkan lagi dengan faham Islam Liberal.Lagi parah.

Moralnya,kita umat Islam boleh hilang Malaysia jika terus diperbodohkan oleh orang lain.

Ada orang Islam perasan bijak mahu jatuhkan institusi beraja.Ini bodoh saudara,sebab Sultan-sultan adalah antara pertahanan terakhir dalam mempertahankan maruah agama.Saya bukan nak mempertahankan sebilangan sultan yang kaki dunia atau berfoya-foya tetapi saya pertahankan satu jawatan yang tidak boleh disandang oleh non-muslim dan bukan Melayu,yang menjadi 'supreme leader' dan menjaga hal-ehwal agama Islam di Malaysia.You tengok Singapore macam mana.Tanpa sultan,orang Melayu secara perlahan-lahan akan menuju ke arah hilangnya budaya dan agama.Sebab sultan yang tinggal untuk pakai baju Melayu,bertanjak dan bersampin di zaman moden ni.Beliau yang jaga budaya kita sebenarnya ketika kita selesa pakai T-shirt sahaja.Dalam sebuah republik,orang paling atas dipilih secara merit.Mungkin dalam 10 tahun orang Melayu sandang jawatan Presiden,kemudian selang seli dengan kaum lain.Kemudian seperti biasa,orang Melayu tak akan naik-naik,macam yang berlaku di Singapura.Kerakyatan akan dilonggarkan.Kemudian kita menjadi minoriti.Sedihkan?

So,wake up my friend!Jangan tidur.Kaum lain berlumba nak pegang Malaysia ni.Sebab apa?Sebab Malaysia ni bumi bertuah.Feng shui baik,strategik,banyak galian,di luar lingkaran gunung berapi dan gempa bumi.Sebab apa orang Bangladesh dan sewaktu dengannya datang sini?Sebab negara mereka miskin,tak terletak antara jalan perdagangan paling sibuk di dunia.Mereka tiada Selat Melaka,selat tersibuk di dunia.Kaum mereka jenis huru-hara,kita orang Melayu lemah lembut dan suka bertolak ansur.Pemimpin mereka kalau tak disukai,mereka akan bom sahaja.Kita kalau tak suka pemimpin paling busuk pun keluar video lucah jer,kemudian kutuk-mengutuk dalam blog.Baiknya kita ye.Ini la kata orang-orang tua,cakap pun berlapik.

Pentingnya kefahaman sejarah apabila ada orang yang buta sejarah kata bentuk senibina Muzium Negara adalah senibina Thai.Saya sudah tengok senibina Lannathai seperti yang didakwa.Malangnya mereka tak tengok senibina Melayu Riau atau Terengganu macam mana.

Saya tak hairanlah kalau ada senibina Thai yang seakan sama sebab bangsa Thai memang terkenal kaki cedok.Bahasa Thai di Thailand banyak cedok bahasa Khmer zaman purba sampai orang Khmer kata ada perkataan dalam bahasa Thai yang berasal dari istilah Khmer purba yang kini sudah tak dipakai lagi dalam bahasa Khmer moden.Senibina dan seniukir banyak tiru dari bangsa Khmer.Tarian banyak cedok dari Mon dan Malayu.Sampaikan senibela diri,Muay Thai itu sebenarnya dicedok dari Pradal Srey atau Bukator iaitu tomoi Khmer.Inilah bangsa cedok-mencedok.Orang Thai kata Muay Thai berasal dari Muay Boran.Ala...yang ada keluar dalam filem Ong Bak tu.Tapi perkataan 'boran' itu sendiri adalah istilah Khmer bermaksud 'purba'.Nak muhong apa lagi?



Biar Cik Seri ajar teori senibina sekali pakej dengan sejarahnya sekali.Ini foto Muzium Negara.Ia adalah hasil gabungan senibina Melayu Terengganu dan Melayu Riau.

Tetapi Encik Herman Malaypress terserempak dengan bangunan ini dan terus mengatakan Muzium Negara meniru senibina bangunan ini:







 Ini adalah Muzium Nasional Chiang Mai.Alasan Encik Herman ialah sebab bentuk tanduk kat bumbung muzium ini sama dengan apa yang ada pada Muzium Negara.Dengan kata lain Encik Herman yang perasan berketurunan Siam Mongol tuduh Muzium Negara tiru senibina Thailand (baca:Siam Mongol).Wei,wat lu?Tak tahu jangan cakap.Hang jangan buat kepala tau.Pandai-pandai jer buat kesimpulan bodoh sombong.Meh sini Cik Seri ajar,tengok balik foto Muzium Negara:



Lihat bumbung berlapisnya.Ini adalah dari senibina rumah tradisional Melayu Terengganu:



Kemudian yang bentuk tanduk kat hujung bumbung itu adalah dari senibina Melayu Riau:



Sekarang nampak tak mengapa dikatakan senibina Muzium Negara diambil dari dua senibina Melayu,iaitu Terengganu dan Riau?

Ok, sekarang meh saya ajar sejarah senibina Chiang Mai atau Lanna.Chiang Mai sebelum muncul kerajaan Lannathai adalah dihuni oleh sukukaum Lawa yang berasal dari satu kawasan yang terletak di Kemboja pada hari ini.Nenek moyang mereka satu rumpun dengan Melayu.Kemudian mereka terserap ke dalam rumpun Mon-Khmer selepas proses asimilasi selama beratus-ratus tahun.Senibina Lanna atau Thailand utara atau Chiang Mai adalah berasal dari senibina suku Lawa.Dari perkataan Lawa ini muncul Lavopuri (Lopburi) satu negarakota Mon yang ditawan oleh Sujita,seorang raja city-states Melayu Sri Dharmaraja.Oleh kerana suku Lawa berasal dari selatan Thailand maka mereka memang ada hubungan kerabat dengan Melayu Segenting Kra.Kemudian mereka berhijrah ke utara,tepat di Chiang Mai sekarang.Kemudian kaum Tai telah tiba dan menubuhkan kerajaan Lanna di bawah rajanya,Mengrai.Mereka menakluk Haripunjaya,kerajaan Mon sekaligus Chiang Mai dan suku Lawa sendiri.Trivia,perkataan Lawa ini juga dipercayai oleh sejarahwan Laos seperti Maha Sila Viravond adalah asal-usul perkataan 'Lao' oleh etnik Lao yang mendirikan negara Laos pada hari ini.Sebab itu raja-raja Lao awal menggunakan gelaran diraja Melayu purba.


Sejarahwan Laos sendiri mengaku,ketika kaum Lao tiba di Indochina beribu tahun dahulu,kaum-kaum purba yang telah lama menetap di Indochina ialah orang Malayu,Mon-Khmer dan suku-suku bukit (hill tribe).Lao adalah suku Tai yang tiba dahulu di Indochina sebelum kebanjiran orang Thai yang menubuhkan Thailand sekarang.

Dah faham sekarang?Tolong jangan merepek lagi,ok?Bangsa Thai memang diketahui meniru semua budaya di sekelilingnya termasuklah 'cognate' Thai seperti Siam Mongol ni.Bangsa Mon dan Khmer adalah paling teruk diciplak budayanya oleh bangsa Thai.

Kalau anda tengok filem Ong Bak 2 atau filem-filem sejarah Thailand,anda akan lihat budaya mencacah pada badan orang-orang di Thailand pada zaman dahulu.Sebenarnya budaya mencacah itu dicedok dari budaya Khmer dan buktinya ialah mantera yang dicacah pada tubuh mesti dalam tulisan Khmer!

Sebab itu saya tak hairan dengan budaya dan seni Thai.Anda kena tengok senibina Khmer dan budaya mereka dan anda akan lihat kenyataan bahawa bangsa Thai adalah 'copycat' bangsa Khmer.Cuma Kemboja banyak terlibat dalam peperangan dan miskin maka mereka tidak sempat atau kurang kemampuan untuk mempromosikan budaya mereka.Maka apabila si peniru bangsa Thai tadi lebih dahulu mempromosikan budaya Khmer yang dicedok mereka,maka satu dunia menganggap itu adalah budaya Thai.Muay Thai jadi popular dan apabila senibela diri Pradal Srey mula dipromosikan oleh Kemboja di mata dunia,maka orang luar menjadi keliru dan anggap Kemboja mencedok budaya Thailand.

Abdulyadeh,seorang Thai Malaysia dari Blog sejarahnagaraketag meluahkan perasaannya tentang sempadan Preah Vihear,kuil purba Khmer abad ke-10 Masehi yang direbut oleh Kemboja dan Thailand.Beliau kecewa kerana kuil itu asalnya dalam sempadan Thai kemudian diberikan kepada Kemboja oleh penjajah Perancis ketika persempadanan semula.Bukti kuil itu milik Thailand katanya,sebab pintu masuk ke kuil itu hanya boleh dimasuki dari arah Thailand manakala dari Kemboja dipagari dengan bukit.

Bukan sahaja orang Khmer,saya orang Melayu Malaysia pun membantah alasan bodoh AbdulYadeh tu.Kalau nak 'fight' dari segi sejarah,kuil itu memang milik Kemboja sebab satu dunia tahu kuil itu dibina oleh Empayar Khmer,bukan Sukhothai atau Ayutthaya.Dahulu majoriti Thailand adalah di bawah Empayar Khmer apatah lagi kawasan Preah Vihear.Kemudian kerajaan Thai merampasnya ketika era perluasan kuasa dahulu melalui Ayutthaya dan dinasti Chakri.Jadi asalnya jalan pintu masuk ke kuil itu memang dalam wilayah Kemboja.Sepatutnya Perancis menyerahkan Preah Vihear berserta seluruh Thailand Tengah ke tangan Kemboja kalau nak 'fight' dari segi sempadan dan sejarah.

Sekadar trivia,Preah Vihear dibina oleh Suryavarman I,seorang raja Empayar Khmer yang berketurunan Melayu!Beliau berasal dari Sri Dharmaraja.Ayahnya mengahwini wanita Khmer dan memerintah kerajaan Melayu Sri Dharmaraja (Tambralingga).Ini yang saya katakan dahulu,warisan kita di Indochina direbut oleh kaum Thai dan Khmer.Saya bukan buat cerita dongeng atau dok muhong.Ini tercatat dalam riwayat Mon dan Thai seperti dalam Jinakalamali dan The Chronicle of Chiang Mai.Bukan sembang saja.Sejarah Melayu tercatat dengan kemas dalam riwayat bangsa lain.

Sebab itu isu sempadan ini amat penting.Dan isu sempadan amat-amat bergantung dari segi sejarah!

Ini samalah mengatakan Melayu pendatang Sumatera.Ini salah dan pandang yang bodoh kerana dahulu dunia Melayu tiada sempadan seperti hari ini yang baru dibuat selepas era kolonial.Sumatera,semenanjung dan Borneo memang 'home' majoriti umat Melayu.LIHAT BAGAIMANA MUSLIHAT 'SEMPADAN' INI DIGUNAKAN UNTUK MERAMPAS HAK MILIK ORANG LAIN.
I'm not a preacher,I'm just giving you a lesson.Ini pelajaran yang baik untuk anda semua.Jika kita lemah,kita akan dibuli.Jika kita bodoh,kita juga akan dibuli.Jika kita lemah,bodoh dan mengkhianati bangsa sendiri,kita bukan sahaja dibuli,malah akan dimakan dengan sedapnya oleh orang lain!

Sebab itu saya tekankan sejarah Melayu di Tanah Besar Asia dahulu sebab nak latih anda supaya faham bahawa orang Melayu adalah pribumi semenanjung juga.Boleh katakan Orang Asli dan Melayu adalah sama awal duduk di sini,cuma orang Melayu lebih suka duduk di pantai dan bernasib baik jumpa dengan bangsa-bangsa lain di dunia dan lebih maju,dan Orang Asli duduk jauh ke pedalaman maka terpisah dari arus pemodenan.Sebab itu ada istilah Proto-Malay.Orang Jakun adalah Proto-Malay.Ada Proto-Malay yang duduk pantai macam nenek moyang orang Kedah contohnya maka jadi maju,bina negarakota,berdagang dengan orang asing.Nenek moyang orang Jakun duduk pedalaman maka lambat menerima kemajuan.

Satu lagi ketidakfahaman sejarah yang paling saya meluat ialah mengatakan Temagi yang dibunuh oleh Parameswara itu adalah wakil kerajaan Thai,sama ada dari Sukhothai mahupun Ayutthaya.Ini AMAT-AMAT SALAH.Dua kerajaan Thai itu (Ayutthaya sebenarnya campuran banyak etnik,dan lebih tepat disebut kerajaan Siam sementara Sukhotai memang Thai totok) tidak pernah sampai jauh ke selatan semenanjung,apatah lagi Singapura.Yang  dibunuh oleh Parameswara itu adalah wakil kerajaan Tambralingga atau Sri Dharmaraja.Ini asalnya city-states Melayu yang amat berpengaruh dalam sejarah Indochina terutama dalam Empayar Khmer dan tercatat dalam sejarah Sri Lanka.

Satu lagi yang ingin saya beritahu,sejarah Melayu jangan dipolitikkan.Sejarah Melayu amat suci untuk dikotorkan dengan tangan-tangan politik.Ketika era Buddha,sejarah Melayu ditulis dengan menggunakan huruf suci dalam riwayat Mon dan Pali.Ketika era Islam,kitab-kitab sejarah Melayu dimulakan dengan lafaz bismillah dan puji-pujian pada Allah serta Nabi Muhammad s.a.w.

'Khutbah' sejarah ini saya akhiri dengan sebuah prasasti dari Vietnam iaitu Prasasti Dong Yen Chau,tinggalan Melayu suku Cham berusia abad ke-4 Masehi sezaman dengan Empayar Rom:

"Siddham! Ni yan Naga pun putauv, ya uran spuy di ko, kurun ko jmay labuh nari svarggah, ya uran peribhu di ko, kurun saribu tahun ko davam di naraka, dnan tijuh kulo ko"

Perhatikan beberapa perkataan Melayu purba yang masih digunakan sehingga ke hari ini:

uran=orang
yan=yang
pun=pun
kurun=kurun
saribu=seribu
tahun=tahun
davam=diam
di=di
naraka=neraka
dnan=dengan
tijuh=tujuh
ni=ini

Prasasti berbahasa Melayu ini mendahului apa jua prasasti kaum-kaum Asia Tenggara yang lain seperti Mon,Khmer,Burma,Dai-Viet apatah lagi Thai.Sebab itu saya katakan jangan takut anak Melayu.Nenek moyang telah pahatkan sejarah bangsa kita ada batu bersurat.Hampir 2000 tahun bahasa Melayu dipahat pada prasasti.Kita pribumi Asia Tenggara.Ini rumah kita zaman-berzaman.Jagalah rumah yang Tuhan berikan kepada kita.Jangan sia-siakannya dengan melepaskannya kepada orang lain.Kita ada Selat Melaka yang dari dahulu menjadi sumber kekayaan paling ajaib di dunia.Lihat pada peta dunia,lihat kedudukan kita di mana.Bayangkan,orang lain terpaksa tebuk bumi untuk buat terusan Suez dan Panama,kita Tuhan bagi percuma Selat Melaka.

Jangan bersedih.Semangatlah!Hulurkan tangan anda.Biar saya pimpin ke dunia masa depan yang lebih gemilang.

Bangsa yang punya sejarah masa lalu adalah mereka yang punya masa depan.Bersatulah.Dengar apa pesanan nenek moyang yang terpahat pada batu bersurat.Mala-yu adalah bangsa yang amat tua,jika anda mahu mengetahui.

I'm vampire of history.Telahku semahkan darah pada batu bersurat,telahku perahkan limau pada keris wasiat.Sampai masa aku bangkit untuk berjuang.Ku pertahankan bangsa atas nama agama.Sebab wujud bangsaku kerna membela agama.Bukan sebab bangga aku membela bangsa.Bukan sebab dunia aku membela bangsa.Sebab hakikat kebenaran yang diminta.Sebab kasihkan agama.





~Srikandi
The Keeper of Royal Maulimalaraja,Ketomala & Sriwijayamala

Thursday, June 16, 2011

I'm not a preacher,I'm just giving you a lesson




I'm not a preacher,I'm just giving you a lesson.






Nama saya Srikandi.Bangsa saya ialah Melayu.Asal bangsa saya ialah Nabi Adam a.s,manusia pertama.Agama saya ialah Islam.Rumah kaum kerabat saya ialah dari Pasifik,merentasi Asia Tenggara hingga Madagaskar,pantai timur Afrika.Saya pribumi Asia Tenggara.Saya bukan berasal dari Yunnan,Taiwan,India atau dari mana-mana.Asal-usul saya di sini,Asia Tenggara.

Lihat,betapa mudahnya belajar sejarah Melayu dari saya.Mudah tak memahami identiti saya di atas?Cuba banding dengan ini:

"Aku lah wangsa yang bermaksud Harimau, hari ini aku dikenali sebagai Melayu dari rumpun Siam Islam...waris aku berasal dari Yunan...orang-orang Yunan yang di gelar 'fei' oleh Maharaja China di nusantara ini.Hari ini kita bukan lagi 'fei', tapi Melayu."

Lihat,identiti kedua penuh dengan perkara dongeng.Mengaku berasal dari haiwan harimau dan mendakwa Melayu dari satu rumpun bernama Siam.Tiada siapa di dunia yang fana ini mengaku ada rumpun nama 'Siam'.Namun kita bangsa Melayu telah diiktiraf sebagai satu rumpun yang bernama Malayo-Polinesia.Polinesia ialah kerabat jauh kita di sebelah Pasifik seperti Hawaii,Maori dan lain-lain.Satu lagi aspek dalam identiti kedua ialah penuh penyakit 'inferiority complex'.Penyakit 'merendah diri' yang tidak bertempat.Contohnya mengaku berasal dari Yunnan.Anda tahu Yunnan di mana?Yunnan terletak di selatan China dalam Republik Rakyat China.Kemudian orang Yunnan (nenek moyang dia) tadi boleh pula sesukahati raja China menggelarkannya sebagai 'fei'.Apa maksudnya saya pun tak tahu.Lepas tu hari ini orang 'fei' tadi bersalin kulit menjadi apa yang dinamakan sebagai Melayu sekarang!

Faham tak?Mana mudah faham,identiti pertama atau identiti kedua?

Sebab itu saya bertegas berkali-kali kepada anak-anak Melayu,jangan percaya kepada orang ini.Nak tuntut takhta itu perkara lain.Seleweng sejarah Melayu itu perkara lain.Sebab itu Tarmizi,Herman dan geng Siam Mongol tidak mampu membalas kritikan Abdul Yadeh dari Blogsejarahnagarakedag.Abdul Yadeh adalah orang Siam keturunan Thai.Nama-nama Siam yang diputarbelit geng Siam Mongol dijawab dengan baik oleh Yadeh yang berpengetahuan dalam bahasa Siam dan Thai.Bahasa Siam adalah dialek Thai sebelah selatan yang banyak bercampur istilah Mon,Khmer dan Melayu.Apa yang mampu dibalas oleh geng Siam Islam itu hanyalah makihamun dan ugutan sahaja dalam ruangan komen.Saya sedih melihatnya.Kenapa saya sedih?Pertamanya,jika saya dipilih untuk bantu saudara dari kalangan Siam rumpun Melayu ini dengan Siam keturunan Thai,tentulah saya lebih dekat dengan 'Siam Islam' ini.Tentulah saya sokong Anai-anai,Herman dan Tarmizi berbanding Yadeh.Tetapi saya kecewa dengan sifat hodoh yang ditunjukkan 'Siam Islam' ini terhadap 'Siam Buddha' itu (Yadeh).Jawablah elok-elok.Tak payahlah makihamun macam tu.Bayangkan mereka maki Yadeh sebagai keturunan sundal!Saya tahu sejarah konflik bangsa Thai dengan Melayu dan ini meninggalkan kenangan pahit,namun tidak bolehkan kita berbudi bahasa untuk menjawab kritikan?Jawab dengan fakta dan ilmiah bukan carutan!

Itu baru serangan Siam Buddha,bagaimana pula nak jawab serangan Ultrakiasu semata-mata berpandukan 'sejarah realiti' versi Siam Mongol?Bayangkan penulis DAP memperolok-olokkan dakwaan Tarmizi Kedah Cyber Cadbury (Syburi asalnya namun saya benci nama yang diberikan penjajah Thai kepada Kedah itu,anehnya geng Siam Islam ini suka) yang mengatakan Borobudur dan Prambanan adalah masjid tempat orang Islam beribadat!

Saya sebagai orang Melayu Islam berasa malu dengan cemuhan penulis DAP itu.Kebingungan mereka memburukkan persepsi orang luar terhadap kita.Fikirlah,bagaimana candi Borobudur itu didakwa sebagai masjid!Masjid pe jadahnya dengan bentuk macam itu?Macam mana orang Islam nak solat dalam ruangan sempit dengan ukiran ditembok yang menceritakan kehidupan Gautama Buddha?Namun Siam Mongol terus berfantasi dengan tuntutan takhta tanpa mahu membela sejarah Melayu.Apabila Ultrakiasu nantinya mengatakan orang Melayu berasal dari suku China maka geng Siam Mongol mengangguk-angguk sahaja tanpa menyedari kesan buruk dari kebodohan mereka itu.

Sifat ini sama seperti nenek moyang mereka ketika era Buddha;Melayu Ligor yang tunduk pada ketuanan Siam Thai di Bangkok dengan menyerang Kedah dan negeri-negeri Melayu.Jika anda menonton filem KL Gangster arahan Syamsul Yusoff,anda akan bertemu dengan watak Jai,lakonan Adiputra.Jai sanggup bertumbuk dengan abangnya sendiri semata-mata mengejar kekayaan yang ditaburkan oleh Shark yang bermusuh dengan Malek,abang kandung Jai dan rela melihat kedua-dua adik beradik ini berbunuhan sesama sendiri.Jai sanggup membiarkan ibunya yang tua berhempas pulas menyara hidup dengan menjual kerepek di tepi jalan.Jai sanggup membiarkan adik perempuannya,Zety dicabul kehormatannya oleh gengster yang bermusuh dengan Malek.Jai sanggup tunduk dan setia pada Shark walaupun sanggup membunuh abangnya.

Tak tanggungjawab.Yang penting kekuasaan.Ligor dahulukala dijadikan 'supervisor' oleh kerajaan Thai (mengapa saya asyik tertaip 'tahi' bila nak taip Thai?) untuk mengawal negeri-negeri selatan (negeri-negeri Melayu).Jadi sebab itu keturunannya terbayang-bayang kekuasaan pada masa silam.Saya tidak hairan dengan wasiat yang diperturunkan dari generasi ke generasi tentang kekuasaan Melayu Ligor dahulukala.KONSEP KESELURUHAN TEORI SIAM ISLAM INI IALAH KEKUASAAN KERAJAAN LIGOR.Anda kena faham ini.Baca artikel ATBM "Maulimalaraja dan Sri Dharmaraja" untuk memahami mengapa mereka beriya-iya mengatakan wilayah mereka dahulu amat luas.

Berjuanglah seperti saya.Siam Mongol,Ultrakiasu,Yadeh,Naruto (Asree),Hindraf (teori Greater India) dan seterusnya semuanya saya tentang habis-habisan termasuk geng Wak Ketuk yang mengatakan 'Melayu' berasal dari istilah Jawa yang bermaksud 'lari'.Semak artikel-artikel saya sebelum ini.Jangan pandang rendah usaha saya.Apa yang dipapar dalam blog-blog saya dan di dalam Mistisfiles hanyalah 30 peratus dari usaha saya.Usaha saya secara 'offline' lebih dari itu.Antaranya usaha melobi pihak-pihak tertentu.Saya melancarkan perang saraf,propaganda dan intelligent secara senyap untuk mengubah suasana masyarakat sedikit demi sedikit.Sesuai dengan gerak gempur yang saya lancarkan,beberapa media cetak dan artikel ilmiah tentang Melayu telah mula membincangkan sejarah Melayu dalam lingkup acuan saya.Mereka mula kenal Champa,Sriwijaya dan segala bagai prasasti dalam bahasa Melayu Kuno.Kalau dahulu asyik Melaka,Melaka...sekarang mereka sudah mula nampak rahsia sebenar.Blog-blog UMNO mula mengadaptasi tulisan dan fikrah saya dalam menaikkan semangat bangsa.Blog-blog Pas mula faham bahawa Islam dan Melayu itu adalah 'coalition' yang amat penting dalam politik.

Jika anda faham semua pelajaran sejarah saya,anda akan memiliki senjata paling ampuh untuk memusnahkan semua serangan walau datang dari arah mana.Kita ada segala bagai prasasti dan manuskrip.INI PERKARA PERTAMA YANG PENTING.Kemudian rekod-rekod luar.Kemudian ulasan sejarahwan.Jangan takut,anak Melayu!Kamu semua ada sejarah yang kukuh.Nenek moyang kamu telah memahatnya pada batu bersurat.Katakanlah pada diri sendiri,untuk memperjuangkan agama Islam yang mulia ini,MELAYU MESTI WUJUD DAN TERUS WUJUD!

Saya terbaca karangan Ann Wan Seng 'Biar Cina pimpin Islam'.Saya tidak kisah bangsa apa pun yang pimpin Islam asalkan ikut cara yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w tetapi jangan salahkan orang Melayu bila masuk Islam disamakan dengan 'masuk Melayu'.Sebab orang Melayu masuk Islam sunguh-sungguh sampai majoriti Melayu adalah Islam dan ini diiktiraf dunia,jadi tabu dan dogma yang sangat kuat.Memanglah jumlah orang Cina (tidak semestinya Han,ada etnik lain macam Uighur) beragama Islam di negeri China berjuta-juta namun belum kira lagi Cina Buddha,Kristian dan sembah segala bagai dewa-dewi macam Kuan Ying tu.Kesimpulannya Cina kapiaq lebih ramai dari Cina Islam.YANG PENTING KUALITI BUKAN KUANTITI.Cina Islam berjuta-juta kat China namun TIADA KUASA POLITIK.Bila saudara Islam mereka di Xinjiang dizalimi Cina kapiaq yang komunis,apa yang Cina Islam yang berjuta-juta tu boleh buat?Haram tak boleh buat apa-apa.Dok senyap macam tikus.Ini kata Cina nak pimpin Islam?Maaf,saya sensitif sebab kalau nak cakap pasal perjuangan,kena realistik dan praktikal.Bukan cakap kosong saja.Menyakitkan hati.

Kalau Cina Islam di China boleh merdeka dan buat negara sendiri baru saya respek.Macam orang Melayu.Tak payah negara besar pun.Namun ada daulah dan kekuatan untuk pertahankan Islam.Negara besar tapi kuasa politik di tangan puak kafir tidak bermakna apa-apa.Bayangkan Malaysia diperintah oleh orang Melayu,tapi bukan Melayu Islam,Melayu Hindu-Buddha.Amacam?Sebab itu jangan salahkan Melayu bila imej orang Cina tidak identikal dengan Islam,tak 'established' dengan Islam.Saya bercakap pasal imej,bukan hak masuk Islam.Islam bukan milik sesuatu bangsa.Islam is for All.

Satu lagi tentang penyebaran Islam di Nusantara.Ada ka patut mengatakan yang sebarkan Islam di sini bukan pedagang Arab dan Parsi tetapi Laksamana Cheng Ho yang sebarkan?Dengan kata lain orang Cina yang Islamkan Melayu.Ini buta sejarah sebab masa Cheng Ho ziarah ke Melaka,raja Melaka memang dah Islam dengan gelaran Sultan lagi.Orang Melayu pun dah lama Islam ketika itu.Cheng Ho jumpa dengan raja Melaka nama Balaputradewa Suryavarman kah?Laporan dari kunjungan Laksamana Cheng Ho pada 1409 ketika mengunjungi Melaka menceritakan rakyat Melaka sudah lama memeluk Islam.Nak percaya laporan Cheng Ho ke nak percaya cakap Ann Wan Seng?Pelabuhan-pelabuhan Sriwijaya contohnya terkenal di seluruh dunia.Jadi para pedagang Arab dan Parsi seperti Mas'udi dan Dulaf (mereka ini semua ada kitab pengembaraan sendiri berusia dari abad ke-9 dan 10!) itu puak Arab Jahiliah ka?Hello,Batu Bersurat Terengganu bertarikh bila?Sekitar abad ke 14 atau tepatnya tahun 1326.Masa tu Cheng Ho pun tak lahir lagi (beliau lahir tahun 1371).ORANG MELAYU MASUK ISLAM LAMA SEBELUM LAKSAMANA CHENG HO LAHIR KE BUMI.Dengan kata lain orang Melayu dah lama Islam sebelum Cina datang terhegeh-hegeh nak bawa mengislamkan Melayu.Tapi jangan kecik hati,usaha you all nak sebarkan Islam kami hargai.Tapi janganlah menidakkan bukti pedagang Arab dan Parsi yang bawa Islam ke Nusantara.Janganlah terlampau 'excited' nak naikkan prestij kaum sendiri dek kecik hati sebab orang Melayu sinonim dengan Islam tapi orang Cina tak pulak sinonim dengan Islam.Siapa korban lebih dia dapat lebih,tul tak?Kalau nak dapatkan kemuliaan yang Allah beri pada imej orang Melayu,Ann Wan Seng kena korban lebih Islamkan semua orang Cina di Malaysia macam pendakwah Melayu Islamkan bangsanya sendiri.Belajar dari Ridhuan Tee.Saya lihat ada kontradiksi antara watak Ridhuan Tee dengan Ann wan Seng.Dua-dua Cina Muslim tapi Ridhuan Tee lebih 'dekat' dengan isu Melayu dan tawar sikap chauvinist bangsanya,tetapi Ann Wang Seng ini macam fobia atau delusi yang tak bertempat dengan imej masuk Melayu dan Cina=kafir.Apa-apalah,janji mereka Islam macam saya.Satu lagi,jangan putarbelit sejarah Melayu,itu pantang saya.

I'm not a preacher,i'm just giving you a lesson.Semua kaum Asia Tenggara terutamanya Khmer dan Thai bersungguh-sungguh membuktikan mereka adalah 'indigenous' Asia Tenggara,mengapa kita pula yang memang 'indigenous' Asia Tenggara ini jadi biol pula nak dakwa diri asal Yunnan lah,India lah...it is so absolutely stupid jerk!You understand me?

Dalam History of Laos oleh Maha Sila Viravond ada menceritakan bahasa purba yang dipertuturkan di Indochina adalah Khmer Boran (Khmer purba),Suey,Kha,Mon dan Malayu.Saya begitu terharu sebab sejarahwan Laos mengaku bahasa saya sebagai bahasa purba Indochina pada masa silam.Pengarang buku ini bukan cakap saja.Beliau sudah mengkaji dari riwayat Laos purba,manuskrip dan catatan-catatan orang dahulukala.Mengapa ada orang kita yang bangga diri dia 'fei' dan berasal dari Yunnan?Mengapa ada manusia dungu yang bangga dengan asal-usulnya dari India?It's crap!

I'm not a preacher,i'm just giving you a lesson.Berjuanglah seperti saya.Berjuang secara ilmiah dan profesional.Kita tak perlu memaki hamun dan buat ugutan.Kita rileks saja.Sebab kita ada beratus prasasti dan manuskrip yang menceritakan raja-raja dan empayar kita.Orang yang makihamun itu sebab dia tahu dia berbohong dan tercabar sebab ada orang bijak yang tahu dia berbohong.Orang yang makihamun itu sebab dia tahu dia tiada sepatah haram pun habuk berupa bukti-bukti konkrit seperti prasasti dan manuskrip untuk ditampilkan.

I'm not a preacher,i'm just giving you a lesson.Baca semua artikel ATBM dan Catatan Srikandi.Rasakan aura rahsia nenek moyang di dalamnya.Selami hakikat sebenar sejarah bangsa.Jangan takut.Kita berjuang bersama!



You ready to fight like me?











~Srikandi
"Don't hide my Chronicles behind your blood of war.I'm vampire of history"


Sunday, June 12, 2011

Berani Kerana Benar II




Berani Kerana Benar II






Salam semua!

Hari ini Cik Seri nak habaq mai pasai ada orang tu kan...tak tau pasaipa takut sangat sampai padam komen Cik Seri dalam blog dia.Huhu...pasaipa Cik Seri pun tak tau.Pasaipa,mungkin macam ceghita negeri Pasaima kot huhuhu....

Mula-mula Cik Seri terbaca artikel ini sebab ada peminat yang mengadu:http://themalaypress.blogspot.com/2011/05/ayuthia-adalah-kerajaan-islam-melayu.html
Mula-mula baca tiada apa-apa yang luarbiasa tetapi had yang last-last tu macam pelik aja bunyinya:

"Apabila ditanya tentang bangsa Mala dan sejarah mistik dan sebagainya, mereka mendakwa perkara seumpama itu tidak boleh diguna pakai kerana ia berasaskan khayalan semata-mata.

"Itu semua berasaskan khayalan," menurut Dr. itu lagi.

Ini yang buat darah gua menyirap beb.

:DDDDD

Siapa Dr. kangkung tu?Meh sini berentap ngan gua dalam ni.Biar wa basuh sikit kasi dia sedar mana yang khayalan atau dia sendiri yang berkhayal.Kalau ditempat gua itu Dr. kangkung sudah lama gua baling sungai sudah tidur sama ikan.

Apa gua kesah?Sekarang tak kira abang long ka ayahanda ka ini tempat gua pegang.


;P


Bagitahu mana yang khayal.Kritik saya depan-depan.Jangan buat ulasan budak-budak.Contoh,"Gulai ni kurang sedap la".Ok,yang tak sedap tu tang mana?Kurang garam ka,kurang gula ka.Cakap la beb.Biar jelas.Kalau lu betul lu mesti berani.Apa pasai takut?Takut-takut terjun laut la.

(Ini persepsi Cik Seri sebelum baca komen seorang pembaca blog Ibnu Rusydi yang menceritakan apa yang sebenarnya berlaku)

Kemudian Cik Seri baca lagi kalau ada komen.Ada.1 komen kat bawah.Ok la tu...kan.Yang komen tu mamat nama Megat Jefri yang nama sebenarnya Tarmizi:

"siaplah mokcik sri kandi al-manjalara dgn teori mala dan melayu hindu buddhanya. ramai dah pembaca blog d tipu oleh mok cik srikandi ni sekali dgn ratusan ulasan palsu tanpa nama, kononnya dia d pihak yg berani kerana benar. allahu akbar. wsslm.

Ini yang bikin gua panasss.Hehe...jadi gua cilok la.Kasi bumbu dia.Adat orang menjual kita membeli.Mana boleh duduk diam beb.Saya taipkan komen ke laman artikel itu:

"Astaghfirullahal'azim...apa yang Encik Tarmizi tulis ni.Bertaubatlah dari menipu orang ramai.Tentang komen tu takkanlah sebab saya banyak komen Encik Tarmizi dah jeles.Lagi satu saya bukan makcik.Saya jauh lebih muda dari Encik Tarmizi sendiri,dari sini saya tahu sifat Encik Tarmizi yang suka serkap jarang..."

Begitulah lebih kurang sebab saya tak simpan komen saya tu.Kemudian saya tunggulah kalau-kalau saya bertuah,komen saya tu tiba-tiba muncul dalam ruangan tu dalam masa 2-3 hari.Nak tau apa jadi?

Haram tak keluar.Lepas tu saya taip lagi komen,kasi sound sikit admin Malaypress (Siampress huhu..) yang kecut segala bagai:

"Encik Malaypress,

Anda tidak perlu takut pada saya.Jika sejarah realiti ini benar,maka anda perlu berani dan kuat.Buktikan saya silap.

Memadamkan komen sebegini hanya mengurangkan kredibiliti anda.Memperjuangkan sejarah,jiwa kena berani.Anda boleh lihat bagaimana saya berjuang selama ini (walaupun saya mengkritik sejarah realiti anda),saya kritik dan serang hujah lawan,BUKANNYA PERIBADI.Saya tidak menggelar-gelar nama lawan-lawan saya.Jika Krizalid,saya sebut betul-betul namanya.Saya hormat lawan saya.

Saya sebut dengan hormat nama 'Megat Jefri' itu.Kini saya di utara dan saya berada di sekeliling kerabat Raja Ligor terakhir,Syariff Abu Bakar yang bergelar Nai dan Nang.Megat Jefri tak usah sorok lagi.Saya tahu nama dia.

Saya hormati tindakan anda.Namun jangan rendahkan kredibiliti anda di mata saya dan peminat sejarah.Berani kerana benar takut kerana salah"


Yang ini saya simpan dalam laptop saya untuk rujukan.Yang ini pun haram tak keluar.Apa dah jadi ni pada Encik Herman?Broadband tak bayar ke?Kat Benua Siam takde coverage ke?Huhuhu...,

Hei,kawan...apa lu takut?Beranila!Segan apehal?Segan-segan duduk bagan.Malu duduk hulu.

Takut?Terjun laut la!

Nanti mesti keluar dalam komen kat blog Cyber Cadbury:mokcik srikandi al-manjalara mengamuklah...gila meroyanlah...huhuhu

Itulah yang terjadi kalau dah kalah takde modal nak hentam balik.Samala macam puak 'pendatangness' (baca:Ultrakiasu).Saya hentam balik teori sasau mereka,perghh...sampai keluar bawah kain...dalam kain semua sembur kat saya.Tak sangka ini 'pendatangness' pun macam langsi pun ada.Hei kawan...zaman sekarang nyawa manyak murah tau,tak takut ka? ;P

Saya sangat hairan,apa yang Encik Herman takut kecut perut sangat.Takut kena kritik?Tak tahu nak jawab?Ini baru saya.Kalau 'pendatangness' tiba-tiba 'attack' blog dia,pertikai macam-macam,you all semua rasa boleh ke Encik Herman dan Encik Tarmizi ini pertahankan sejarah Melayu dengan teori Siam Mongol mereka itu?Mereka akan jadi bahan lawak dan amat-amat memalukan!

Cuba baca 6 surat karangan Encik Tarmizi kat blog Kedah Cadbury tu.Ini kerja gila.Saya baca tajuk pun dah nak gelak.Macam baca majalah APO?Ini apo ni laie?Jang...jang.Asyik berangan ajo.Ke sawah tidak.Apo kono Tarmizi oii. (jangan marah ekk...gurauan ajo)

Siap hantar kat Agong,DS Najib,Menteri Kedah,Perak,Perlis...bla...bla...kemudian ada pulak makhluk kat bawah tu bangga dengan surat-surat merepek tu bahawa dapat menakutkan saya.Hok alo...jale kona-kona aku boleh derif...ini pulok jalan steghit...huh lagi mudoh aku derif...

Kesimpulannya,dengan pengalaman saya selama ini...apabila kita kritik seseorang,tetiba dia memakihamun dan suka menggelar-gelarkan kita dengan penggilan yang jelek,tanpa menjawab kritikan tadi dengan waras,saya tau bahawa mereka ni pembohong sahaja.Tak kiralah,Ultrakiasu ka,Siam Monggol ka,Naruto ka...semua sama sahaja.Tapi Naruto (Asree) saya respek sikit sebab tak memakihamun saya.Dia cuma cuba nak cubit-cubit sikit saya sahaja.Owh...ini cubit sayang namanya cik abang.

(Kadang-kadang saya fikir diri saya ni macam Saidina Umar r.a,beliau ni kira macam samseng Mekah.Walau masuk Islam sekalipun,'gedebe' nya masih ada.Tapi digunakan untuk pertahankan Islam lah.Saya ni pun macam tu gak rasanya,susah betul lah nak hilangkan perangai suka mengusik ni)

:D

Saya,Srikandi...tidak pernah takut pada sesiapa.Sesiapa yang cuba seleweng dan buat pembohongan sejarah,saya akan pertahankan sejarah Melayu.Apa saya nak takut?Prasasti ada,bukti ada.Rekod-rekod luar ada.Sejarah Melayu memang lengkap dengan prasasti (batu bersurat) dan dokumen-dokumen bertulis.Apa nak takut?Siapa anak Melayu takut,memang bingungla saya cakap awal-awal,jangan marah ye.Ini realiti.Lu ada pangkin baik punya,lu lagi mau takut.Lu terjun laut tidur sama ikan la...

Saya Srikandi...pemusnah musuh-musuh sejarah Melayu.Pemusnah musuh-musuh sombong tidak bersisa.Saya akan pertahankan sejarah Melayu selagi besi kursani mengalir menjadi raksa di belikat tubuh saya.Jika saya lelaki saya akan basuh segala pembohongan itu dengan darah merah pekat bercampur besi keris dan pedang.Jika tidak jalan dengan kata-kata,kita bagi jalan dengan kudrat tenaga.

Alang-alang mandi biar basah.Saya,Srikandi...tidak gentar berjuang.Saya pemusnah musuh-musuh perwira.Saya tidak takut pada kritikan dan cacian.Sebab apa?

SEBAB BERANI KERANA BENAR.

Jika saya salahkan sila betulkan.Sebab itu saya tidak takut dikritik.Inilah keberanian yang sebenar.Saya ulang...KEBERANIAN SEBENAR.









~Srikandi
Maulimalaraja Sri Siantan Naga Nahud

Friday, June 10, 2011

Siam Lancang dalam HMM:Realiti atau Fantasi?

Yang berwarna hijau itu adalah kerajaan Lanxang


Siam Lancang dalam HMM:Realiti atau Fantasi?





Salam semua!

Kali ini saya mahu mengajak anda mengkaji lagi rahsia di dalam Hikayat Merong Mahawangsa (HMM).Saya nak ajar anda bagaimana 'READ BETWEEN THE LINES' dalam konteks menterjemah maksud tersirat dalam HMM.Di akhir artikel ini anda akan dapat pencerahan secara akademik bagaimana plot yang diambil dari HMM ini sebenarnya adalah bayangan kepada kisah sejarah yang sebenarnya terjadi di Indochina,beribu-ribu tahun dahulu melalui 'cross-reference' dengan riwayat-riwayat asing,catatan atau ulasan dari sejarahwan.Saya akan ajak anda kaji secara akademik dan logik,bukan angguk-angguk cakap wasiat orang mati yang dah ditokok tambah dari mulut ke mulut atau percaya repekan 'pendatangness' yang buta sejarah.

Orang Melayu semenanjung sebenarnya telah lama berada di tanah besar dan bukannya berasal dari Sumatera.Sebahagian besarnya berada di Indochina dan Segenting Kra,melalui negarakota-negarakota mereka (city-states).Orang Melayu yang menubuhkan Langkasuka bukanlah Melayu Sumatera.Langkasuka ada kaitan dengan Funan,dan orang Melayu semenanjung pada zaman purba punya hubungan dengan Khmer,Pyu,Mon,Burma,Dai-Viet dan Tai;satu hubungan istimewa yang tidak dipunyai oleh Melayu Sumatera mahupun Borneo.Sebab itu prasasti-prasasti yang mencatatkan salasilah raja-raja Melayu Indochina ditemui sejauh Vietnam (Prasasti Dong-doung,contohnya),apatah lagi di Kemboja.Sebab itu jika ada orang gila yang mengatakan kepada kita bahawa Melayu berasal dari Sumatera,jangan layan.Sebab kita tahu bahawa Langkasuka dan Tambralinga yang wujud sezaman dengan Funan iaitu lebih kurang 1 Masehi beratus-ratus tahun lamanya sebelum kemunculan Sriwijaya dan Melaka yang seringkali dikaitkan dengan Melayu Sumatera.

Kini para pengkaji telahpun mengesan sejarah awal Sriwijaya di utara semenanjung.

Hikayat Merong Mahawangsa ini sebenarnya amat penting kerana dapat menyelamatkan kita yang berada di semenanjung ini dari dicap sebagai 'pendatang dari Sumatera'.Sebab itu sebagai usaha untuk menghilangkan jatidiri orang Melayu,hikayat ini pernah diburu untuk dimusnahkan oleh kerajaan Thai dan British.Namun seperti biasa,raja-raja Melayu bijak membuat beberapa salinan dan disebarkan ke beberapa orang.Raja Thai telah membakar naskah HMM manakala British pula merampasnya dan membawanya ke England.Namun hari ini kita masih dapat menatap rahsia dari hikayat ini.Usaha mereka gagal sepenuhnya untuk melenyapkan bangsa Melayu.

Raja Thai telah hampir mempupuskan orang Mon dan mengecilkan saiz tanah orang Khmer seperti yang kita lihat hari ini.Ketika menawan Segenting Kra dan menjajah Kedah,serta berjaya membakar HMM,raja Thai ketawa besar kerana menyangka telah menakluk seluruh dunia Melayu,seperti mana yang dilakukannya ke atas orang Mon dan Khmer.Namun raja Thai terkejut besar apabila hikayat ini masih wujud dan orang Melayu masih berada di selatan semenanjung,Sumatera,Borneo malah ke Filipina!

Jadi boleh dikatakan bahawa Melayu asal semenanjung kebanyakannya berasal dari Indochina,Segenting Kra hingga ke utara Malaysia.Sebab itu kita lihat orang Kedah dan Kelantan mempunyai 'originaliti' yang ketara terutama dari segi loghat.Orang Melayu Indochina turun ke semenanjung Malaysia setelah ditekan oleh perluasan kuasa oleh Thai dan Dai-Viet.Baca baik-baik ya,Melayu Indochina.Ini kerana di semenanjung,orang Melayu telah ada,kebanyakannya tinggal di pesisir pantai.Saya suka namakan orang Melayu Indochina ini sebagai 'Melayu Darat'.Sebab mereka bina 'city-states' jauh ke darat dan pakar dalam bidang pertanian.Negeri Jelapang Padi di mana?Melaka?Sebab itu Kedah adalah salah satu negeri yang teramat penting.Ini kerana nama purbanya,'Ketah' adalah nama yang tercatat dalam banyak tradisi Khmer purba.Saya telah menjumpainya dan ia benar-benar mengejutkan!

Berbalik kepada HMM,saya ingin fokus kepada pembukaan negeri-negeri Melayu oleh keturunan Merong Mahawangsa.

Saya amat tertarik kepada sebuah negeri yang dibuka jauh ke utara iaitu negeri Siam Lancang.Saya petik dari HMM m/s 49:

"...Maka di situlah sekalian berbuat istana dengan kota parit serta dihimpunkan segala orang yang duduk bertaboran pechah belah itu.Maka di satukan sekaliannya,maka menjadi besarlah.Maka dinamai negeri itu Siam Lancang,tempat membuat kota istana itu.."

Saya 'highlight'kan perkataan 'Siam Lancang',kerana ia adalah perkataan yang sangat penting.Dalam HMM,negeri Siam Lancang dibuka oleh anak Raja Merong Mahapudisat yang tua,bersama-sama Pra Chisim dan isterinya Nang Sutaman,pemerintah rakyat gergasi.Saya tidak pasti apakah 'gergasi' ini,namun di dalam HMM,pengarangnya membezakan bangsa Melayu dengan gergasi ini.Lihat ayat ini pada m/s 47:

"Setelah didengarnya oleh Raja Merong Mahapudisat sembah menteri itu,"Jikalau demikian hendaklah saudara kerahkan segala kaum gergasi himpun sekaliannya dan panggil penghulu Pra Chisim dan penghulu Nang Sutaman itu ke mari,kita beri ia pergi bersama-sama anak kita dan orang kita Melayu,setengah kita suroh pergi bersama anak kita yang tua ini kita hantarkan ka hulu di sebelah utara barat laut.Maka tanah bumi itu lanjut jauh jua perjalanannya"

Perhatikan nama Pra Chisim dan Nang Sutaman.Yang lelaki memakai pangkal nama Pra manakala isterinya Nang.Pra adalah nama yang juga digunakan oleh orang Khmer merujuk kepada sesuatu yang suci;Preah.Dalam sistem penggelaran Thai terdapat juga perkataan Pra dan ini sudah pasti hasil cedokan dari gelaran Khmer,Preah atau kemungkinan besar dari Melayu Indochina iaitu Prah.

Dalam riwayat Sri Dharmaraja dan beberapa riwayat Khmer lain ada menyebutkan keturunan Sri Dharmaraja (Ligor) yang memakai pangkal nama Nay (Nai) bagi lelaki dan Nan (Nang) bagi perempuan.Saya telah sentuh perkara ini dalam artikel ATBM "Maulimalaraja dan Sri Dharmaraja".

Tetapi HMM menyebutkan asal-usul Pra Chisim ialah berbangsa Melayu:

"Adapun Pra Chisim itu anak Melayu.Ia beristerikan Nang Sutaman gergasi.Maka ia beroleh anak saorang laki-laki Parak namanya.."

Maka gelaran 'Pra itu adalah sebutan Siam kepada 'Preah' dalam bahasa Mon-Khmer,berasal dari kata Praoh atau Prahu.Apakah Prahu?Perahu ialah bot orang-orang Melayu!HMM telah mengesahkan bahawa gelaran Pra berasal dari bahasa Melayu dan gelaran raja Melayu Indochina.Lihat,inilah namanya 'cross-reference'.Kajian saya mengenai Raja Parahu yang terpahat namanya di Luxor,Mesir punya kaitan di dalam Hikayat Merong Mahawangsa.Saya tidak perlu mereka-reka cerita dari wasiat orang mati untuk menipu orang ramai,maaf,seperti yang dilakukan oleh saudara Tarmizi dari Blog Kedah Cyber Cadbury.

Saya berpendapat bahawa gergasi adalah satu rumpun lain selain bangsa Melayu.Kemungkinan bangsa Kamboja yang baru bermigrasi dari Asia Tengah atau campuran Khmer-Kamboja.Dalam sejarah Khmer,ada menyebutkan rumpun Kam,satu kaum yang menjadi asas bangsa Khmer.Kam ini berasal dari suku Kamboja atau Saka yang datang dari Asia Tengah,membawa kebudayaan Veda dan Sanskrit.'Gergasi' adalah perlambangan tubuh badan yang besar.Jadi adalah munasabah kaum Kamboja lebih tegap dan besar dari kaum-kaum sebelah timur ini.

Gelaran Nai dan Nang adalah gelaran Melayu dari negeri 'city-states' Tambralinga.Tambralinga adalah nama lama bagi Sri Dharmaraja yang dikenali sebagai Ligor.Nai digunakan bagi lelaki manakala Nang bagi perempuan.Dalam rekod Khmer ia disebut sebagai 'Nay' dan 'Nan'.

Apa yang ingin saya beritahu anda ialah nama Siam Lancang itu.Adakah ia punya 'cross-reference' dengan sumber lain,sebagaimana negeri Langkasuka yang juga disebut dalam rekod China dan India?Dua negeri lain yang dibuka oleh keturunan Merong iaitu Perak dan Kedah juga punya 'cross-reference' dengan sumber lain.Jadi mari dengar ini cerita.

Dalam HMM,perjalanan dari utara semenanjung ke Siam Lancang itu mengambil masa 200 hari perjalanan (berjalan kaki),iaitu kira-kira 6 bulan.Bagi saya adalah munasabah.

Adakah nama Siam Lancang itu hanyalah fantasi?Berita baiknya,tidak.

Di dalam sejarah Indochina pernah berdiri satu kerajaan yang bertempat di Laos kini iaitu kerajaan Lanxang.Sebutan Lanxang dalam sistem sebutan Mandarin (han yu pin yin) ialah 'Lan-chang' bukan 'Lan-zang'.Dalam sejarah kontemporari,kerajaan Lanxang telah ditubuhkan pada tahun 1354 oleh seorang putera raja bernama Fa Ngum.

Lanxang mengikut sejarah Laos adalah bermaksud 'sejuta gajah' (lan=sejuta,Xiang=gajah).

Apakah kaitan Lanxang dengan Siam Lancang dalam HMM?Kaitannya ialah gelaran yang diambil oleh Fa Ngum merujuk kepada kerajaan dan kedaulatannya.Dalam riwayat Lanxang ada menceritakan apabila Fa Ngum mencapai umur 37 tahun,dia diberi gelaran "Phragna Fah-La-Thorani Sisatanakanahud".Gelaran ini sebenarnya sebutan Lao kepada "Pongna Prah Dharnindra Sri Santan Naga Nahud" di dalam bahasa Sanskrit.Apa yang menjadi trivia ialah gelaran "Sri Santan Naga" itu adalah gelaran raja-raja Melayu Champa dan Sri Dharmaraja!

Mengapa Fa Ngum mengambil gelaran raja-raja Melayu?

Sri Santan Naga juga ditulis sebagai Sri Siantan Naga dalam rekod-rekod Khmer dan Vietnam.Pernah dengar mitos Sri Siantan?Syair Siantan?

Penggunaan gelaran raja Melayu ini benar-benar terbukti apabila seorang raja Lao dari keturunan Fa Ngum,Setthathirath telah menggunakan gelaran 'Maulimalayu' ketika mengutus surat kepada raja-raja di sekitarnya.Salah satunya ialah utusan yang dihantar kepada Borommaracha IV,Raja Lovek dari Kemboja terkandung gelaran purba raja Melayu ini yang bermaksud "Mahkota dari orang-orang Mala".

Ini bukan rekaan saya.Anda boleh merujuk kepada buku History of Laos oleh Maha Sila Viravong,juga Le Laos Francaise yang ditulis oleh Eugene Picanon.

Mengapa semua keanehan ini terjadi?Jika raja Laos mengambil gelaran raja Melayu,apa motifnya?Mengapa?

Perkara ini sebenarnya amat memeningkan saya dan ulasan dari sejarahwan Laos dan Khmer juga tidak jelas dan mereka juga berada dalam kekeliruan bagaimana mahu mengaitkan mana-mana sejarah Malaysia atau Indonesia (yang diketahui mereka mewakili 'dunia Melayu') dengan gelaran raja-raja Lao awal ini.

Pada pendapat saya,Fa Ngum telah membina kerajaan Lanxang di atas bekas wilayah Siam Lancang yang disebut dalam HMM.Fa Ngum juga telah mengahwini seorang puteri Khmer dan saya menganggak dari isterinya itulah,Fa Ngum yang berketurunan Tai mempelajari gelaran raja-raja Melayu purba yang ketika itu berpengaruh dalam istana Khmer.Pendapat kedua saya ialah Fa Ngum telah membina Lanxang selepas mengalahkan raja Melayu terakhir di wilayah Siam Lancang itu kemudian menubuhkan kerajaannya sendiri.Ini kerana ketika itu juga kerajaan Sukhotai juga sedang meluaskan pengaruhnya.Seperti biasa,kebudayaan awal negeri-negeri Tai akan meniru atau mengasimilasikan kebudayaan negeri-negeri yang ditakluknya.Untuk mengetahui kebudayaan bangsa Tai yang sebenar,kita boleh lihat budaya sukukaum Zhuang di China dan Shan di Myanmar.Kerajaan Sukhotai juga menjadikan Buddha Theravada sebagai agama rasmi selepas mengimport ramai sami-sami Melayu dari Tambralinga (Sri Dharmaraja) bagi mengajar aliran itu kepada bangsa Tai.Ini samalah juga bagaimana U-Thong,membina kerajaannya di atas wilayah Sri Dharmaraja.Maka saya berpendapat Fa Ngum membina kerajaannya di atas wilayah Siam lancang.

Maka tidak hairan kerajaannya dinamakan sebagai Lancang,berbetulan pula dalam bahasa Tai-Lao bermaksud 'seribu gajah'.Lancang dalam bahasa Melayu bermaksud kenaikan,yang selalunya digunakan untuk kapal dan perahu.Pernah dengar tentang Lancang Kuning?Iaitu bahtera kenaikan sultan Siak dan Melaka.


Dalam syair Siantan ada menceritakan tentang negeri Champa:

"Tinggi-tinggi Gunung Siantan
Dew Perkase Hulubalangnya
Tidak setia kepada Bantan
Negeri Champa Konon asalnye"


Sejarah Kepulauan Riau ada menceritakan tentang lanun-lanun dari negeri Champa menyerang kampung-kampung.Saya lihat ada kaitan dengan 'Siantan' dan 'Champa',sejak seorang raja Champa bernama Simha Jayavarman memakai gelaran 'Sri Siantan'.

Sungguh,sejarah Melayu begitu mengasyikkan!





~Srikandi
'Mala Malayu iva malayam raja'

(ayat ini diambil dari Prasasti Han Chey di Kemboja bertarikh abad ke-6 Masehi,dipahat oleh Bhavavarman II,raja Chenla yang berjaya menakluk seluruh Funan.Ayat di atas bermaksud 'Raja Mala dari Negeri Melayu'.Ini adalah gelaran yang dipakai oleh raja Chenla itu setelah menundukkan Funan,empayar yang terkenal dalam sejarah purba Indochina)
 
Cik Seri Berceloteh - Blogger Templates, Wordpress Templates Free - by Templates para novo blogger HD TV Watch Entourage Online. Featured on Local Business Singapore